Monday, December 5, 2011

Timun Laut Masak Lemak Cili Padi - Kamaruzzaman


Bahan-bahan :
  • Timun Laut
  • Bawang Merah (dikisar halus)
  • Bawang Putih (dikisar halus)
  • Cili Padi (dikisar halus)
  • Serai(dikisar halus)
  • Kunyit Hidup (dikisar halus)
  • Halia (dikisar halus)
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Kentang
  • Santan
  • Tomato
  • Asam Keping

Cara-cara :
  • Panaskan periuk bersama air dan rebuskan timun laut bersama kulit kayu manis, bunga lawang, lada sulah dan garam.
  • Kemudian, toskan dan potong timun laut rebus tadi kepada bentuk dadu dengan ukuran 1 inci.
  • Selepas itu, panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dengan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, halia dan serai. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga naik bau wangi.
  • Masukkan pula timun laut dan kentang. Gaulkan bersama bahan-bahan sehingga rata.
  • Tambahkan santan dan air serta tomato, dan masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali perasakan bersama garam.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment