Monday, December 5, 2011

Sup Timun Laut Fantasia - Shahriah


Bahan-bahan :
  • Timun Laut
  • Bawang Kuning (dihiris)
  • Bawang Putih (dihiris)
  • Halia (ditumbuk kasar)
  • Lengkuas (ditumbuk kasar)
  • Serai (dititik)
  • Limau Nipis
  • Lobak Merah
  • Saderi
  • Cili Padi (dipotong dadu)
  • Air
  • Garam
  • Lada Sulah

Cara-cara :
  • Didihkan air di dalam periuk dan celurkan sebentar timun laut bersama sedikit garam. Toskan dan hiriskan timun laut.
  • Selepas itu, dengan menggunakan periuk yang lain, rebuskan bawang kuning, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan limau nipis.
  • Biarkan sementara, dan masukkan lobak merah dan saderi. Gaul bahan-bahan sehingga rata.
  • Kemudian, masukkan hirisan timun laut yang telah dicelurkan tadi.

Susunan Hidangan :
  • Masukkan sup ke dalam mangkuk hidangan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment