Monday, December 5, 2011

Sup Gamat Belaian Jiwa - Wahidan


Bahan-bahan :
  • Timun Laut
  • Telur
  • Jagung (dihiris)
  • Lobak Merah (dihiris)
  • Brokoli (dihiris)
  • Cendawan (dihiris)
  • Tepung
  • Maggi Cukup Rasa
  • Minyak Bijan
  • Sos Tiram

Bahan-bahan Sos :
  • Jus Limau
  • Cili Api
  • Maggi Cukup Rasa

Cara-cara :
  • Panaskan periuk bersama air dan rebuskan gamat selama 5 minit. Toskan dan ketepikan.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan cendawan. Kemudn, masukkan air dan biarkan mendidih.
  • Selepas itu, masukkan lobak merah, jagung dan brokoli. Gaul sehingga rata dan masukkan gamat.
  • Masukkan Maggi Cukup Rasa, sos tiram, garam, gula dan lada hitam secukup rasa.
  • Akhir sekali pekatkan dengan sedikit tepung dan telur.
  • Angkat dan hidangkan.

Cara-cara Penyediaan Sos :

Campurkan jus limau dengan cili api dan perasakan dengan Maggi Cukup Rasa.

Susunan Hidangan :
  • Hidangkan Sup Gamat Belaian Jiwa bersama sos.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment