Friday, December 2, 2011

Roti Manis Berries - Azlina


Bahan-bahan Roti :
  • 5 biji Beri Hitam
  • 5 biji Beri Biru
  • 3 biji Goose Beri
  • 3 biji Raspberi
  • 2 sudu Gula
  • 1 sudu Air
  • 3 keping Roti

Bahan-bahan 'Anglaise' :
  • 3 biji Telur Kuning
  • 200ml Susu
  • 3 sudu Gula
  • Krim Anglaise

Bahan-bahan Sos Strawberi :
  • 5 biji Strawberi
  • 1 sudu Gula
  • 1 sudu Air
  • 1 sudu kecil Pewarna Merah

Bahan-bahan Krim Putar :
  • 100ml Krim
  • 1 sudu Gula

Cara-cara Penyediaan Roti :
  • Panaskan kuali dan campurkan kesemua buah beri bersama gula dan air dan masak sehingga hancur.
  • Kemudian, rendamkan roti ke dalam sos beri.

Cara-cara Penyediaan Krim 'Anglaise' :
  • Pukul telur dan gula sehingga kembang sedikit.
  • Selepas itu, masukkan susu dan masak menggunakan mangkuk besi/kaca di atas periuk air yang mendidih.
  • Apabila masak, lapiskan roti beri dan tuangkan krim anglaise di dalam acuan yang disusun roti.
  • Bakar selama 10 minit dengan suhu 180’C atau sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Sos Strawberi :
  • Masakkan kesemua bahan-bahan diatas.
  • Kisarkan sehingga hancur dan ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Krim Putar :

Campurkan bahan-bahan diatas dan putarkan sehingga kembang.

Susunan Hidangan :
  • Susun roti beri yang telah dilapisi krim “anglaise” di atas pinggan hidangan.
  • Hidangkan bersama sos strawberi dan krim putar.
  • Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment