Friday, December 2, 2011

Kenangan Manis dan Partager - Brian


Bahan-bahan Roulade :
  • 3 biji Telur Putih
  • 95gm Gula Kastor
  • 75gm Tepung (diayak)
  • 1 biji Kulit Oren dan Jusnya
  • Nut Meg

Bahan-bahan Krim :
  • Krim Keju
  • Krim Putar
  • Madu

Bahan-bahan Telur Putih :
  • 2 biji Telur Putih
  • 50gm Gula Kastor

Bahan-bahan Jus :
  • (dipotong mengikut cita rasa sendiri)
  • Strawberi
  • Blueberi
  • Rasberi
  • Beri Hitam
  • Gooseberi

Cara-cara Penyediaan Roulade :
  • Pukulkan telur putih sehingga kembang dan tambahkan gula sedikit demi sedikit sehingga telur menjadi pekat.
  • Kemudian, campurkan tepung, kulit oren dan jusnya serta nutmeg ke dalam pes telur putih. Gaul sehingga sebati.
  • Selepas itu, masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar ia selama 10-15 minit dengan suhu 180’c atau sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Krim :

Pukulkan krim cheese, krim putar dan madu sehingga sebati. Simpankan dalam peti sejuk.

Cara-cara Penyediaan Telur Putih :
  • Pukulkan telur putih sehingga kembang dan tambahkan gula. (Tambahkan gula sedikit demi sedikit sehingga stiff peaks dan memperoleh pes yang berkilat.
  • Bentukkan bakul dan bakar sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Jus :
  • Campurkan semua bahan dan renehkan sehingga pekat.
  • Letakan krim dalam bakul (telur putih) dan taburkan dengan campuran beri.
  • Sapukan krim atas kepingan route (roulade) dan taburkan campuran beri dan gulungkannya.
  • Sapukan renehan jus di tepi.

No comments:

Post a Comment