Sunday, December 4, 2011

Puyuh Tiga Citarasa - Amita


Bahan-bahan Puyuh Tiga Citarasa :
  • 2 ekor Burung Puyuh
  • 2 biji Bawang Merah
  • 1 Batang Lobak Merah
  • 2 Batang Daun Saderi
  • 100g Soo Hoon (dicelur)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 biji Telur (dipukul)
  • 1 keping Fucuk
  • 2 keping Kulit Wanton
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam

Bahan-bahan Sos :
  • 5 batang Cili Kering
  • 2cm Lengkuas
  • 8 biji Bawang Merah Kecil
  • 3 biji Bawang Putih
  • 20g Ikan Bilis
  • ½ cawan Buah Delima
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • ½ cawan Air
  • 3 biji Buah Keras

Cara-cara Penyediaan Puyuh Tiga Citarasa :
  • Perap 1 ekor burung puyuh dengan garam dan serbuk lada hitam. Asingkan daging pada bahagian dada dan bahagian kaki daripada satu lagi burung puyuh. Perap juga ia dengan garam dan serbuk lada hitam.
  • Kemudian, potong 1 biji bawang merah, 1 ½ batang daun saderi, ½ batang lobak merah kepada bentuk dadu besar.
  • Selepas itu, masukkan semua bahan-bahan yang dipotong bersama tulang burung puyuh ke dalam periuk yang telah dipanaskan bersama 3 cawan air untuk membuat stok.
  • Potong 1 biji bawang merah kepada dadu kecil, goreng sehingga lembut didalam kuali yang telah dipanaskan bersama minyak.Perisakan bersama sedikit garam.
  • Kemudian, sumbatkan bawang goreng tadi ke dalam burung puyuh yang tidak dipotong dan masakkan dengan menggunakan ketuhar bersuhu 200c, selama 5 – 20 minit atau sehingga burung puyuh sudah masak (jus daripada burung puyuh sepatutnya jernih).
  • Sementara itu, balutkan 2 bahagian dada daging burung puyuh dengan kulit wantan, letakkan telur di keliling kulit wantan supaya melekit. Goreng wanton sehingga kuning keemasan dengan api sederhana.
  • Selepas itu, gorengkan kulit fucuk dengan minyak sehingga kuning keemasan.
  • Cincangkan bawang putih, julien ½ lobak merah dan ½ daun saderi. Goreng semua bahan-bahan tersebut sehingga naik harum.
  • Masukkan telur dan kemudian soo hoon. Goreng semua bahan-bahan sehingga sebati dan akhir sekali masukkan stok sebanyak 3 sudu besar dan sedikit garam.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Kisarkan semua bahan-bahan kecuali buah delima sehingga halus.
  • Goreng dengan minyak sehingga semua bahan-bahan masak dan pecah minyak.
  • Masukkan air dan didih selama 10-15 minit.
  • Masukkan buah delima dan garam secukup rasa.

 Susunan Hidangan :
  • Susunkan puyuh tiga citarasa di dalam pinggan hidangan bersama sos.
  • Sedia untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment