Sunday, December 4, 2011

Puyuh Santan Berseri - Ary Malik


Bahan-bahan Burung Puyuh dan Kuah :
  • 1 ekor Burung Puyuh (dibelah dua)
  • 1/2 inchi Lengkuas (dihiris)
  • 2 cawan Air
  • 1 1/4 cawan Santan
  • 1/2 biji Bawang Besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Serai
  • Garam
  • Lada
  • Maggi Cukup Rasa
  • Gula

Bahan-bahan Salsa Delima dan Tomato :
  • 1/2 biji Tomato (dipotong dadu)
  • 1/2 biji Lada Benggala Hijau (dipotong dadu)
  • 1/2 biji Isi Buah Delima
  • 1/2 biji Jus Lemon
  • 1/2 biji Bawang Besar (dihiris)
  • 1 ulas Bawang Putih
  • Garam
  • Lada

Bahan-bahan Wantan Bersolok Udang :
  • Garam
  • Lada
  • Udang (dicincang)
  • Bawang Putih
  • Kulit Wantan
  • Air sup

Bahan-bahan Sup Fucuk :
  • 4 cawan Air
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Maggi Cukup Rasa
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Kepala Udang
  • Fucuk

Cara-cara Penyediaan Burung Puyuh dan Kuah :
  • Perapkan burung puyuh yang dibelah dua bersama garam dan Lada Sulah. Ketepikan untuk sementara.
  • Kemudian, panggangkan kedua belah burung puyuh sehingga keperangan.
  • Kemudian, masukkan lengkuas, serai, bawang besar),dan bawang putih. Masak sehingga naik bau wangi dan masukkan 2 cawan air.
  • Reneh sehingga sukatan air tinggal setengah, kemudian masukkan 1¼ cawan santan. Perisakan bersama garam, gula, Maggi Cukup Rasa dan lada sulah.

Cara-cara Penyediaan Salsa Delima dan Tomato :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan didalam mangkuk dan gaulkan bersama jus lemon sehingga sebati.
  • Perasakan bersama garam dan lada.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Wantan Bersolok Udang :
  • Tumiskan udang bersama bawang putih. Tambahkan garam dan lada sulah sebagai penambah rasa dan ketepikan.
  • Selepas itu, masukkan isi udang tadi ke dalam kulit wantan.
  • Masakkan di dalam air yang telah dimasak sebagai sup.

Cara-cara Penyediaan Sup Fucuk :
  • Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu, masukkan 4 cawan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan pula kepala udang sebagai perisa dan biarkan selama 10 minit dan keluarkan.
  • Masukkan fucuk, garam, Lada Sulah Maggi Cukup Rasa.
  • Biarkan sebati dan tutup api.

Susunan Hidangan :
  • Hidangkan Burung Puyuh dan kuah di atas mangkuk kecil dan hidangan bersama Salsa Delima dan Tomato.
  • Dengan menggunakan pinggan hiasan yang lain, masukkan Sup Fucuk di dalam mangkuk hidangan dan hidangkan bersama Wantan Bersolok Udang.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment