Thursday, December 1, 2011

Puding Telur Daging Cendawan & Fold-Over Pear dan Kiwi - Zahin


Bahan-bahan Puding :
  • Daging (dicincang)
  • Cendawan (dihiris)
  • Jeruk Cili (dihiris)
  • Daun Bawang (dihiris)
  • Telur
  • Serbuk Bawang Putih
  • Serbuk Stok Ayam Maggi
  • Garam

Bahan-bahan Fold-Over Pear dan Kiwi :
  • Pastri Puff (dipotong bulatan)
  • Buah Kiwi
  • Buah Pear
  • Cuka Perang
  • Serbuk Kayu Manis
  • Keju Mozzarella

Bahan-bahan Sos :
  • Gula Perang
  • Krim
  • Kayu Manis
  • Buah Pear

Cara-cara Penyediaan Puding :
  • Panaskan kuali, dan masak daging dan cendawan. Masukkan telur dan gaul sehingga rata dan ketepikan.
  • Selepas itu, panaskan periuk bersama air dan kukus puding sehingga masak.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Fold-Over Pear dan Kiwi :
  • Perapan pear dan kiwi bersama cebisan mozzarela, gula perang dan serbuk kayu manis.
  • Sapukan minyak di dalam dulang, letak pastri puff di atasnya.
  • Letak pear, kiwi dan cebisan mozzarella ke atas pastri puff dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu180 darjah celcius selama 20 minit.
  • Keluarkan setelah masak dan lipat ia menjadi dua.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Ambil kuali dan letakkan gula perang, krim, kayu manis dan buah pear.
  • Gaul sehingga sebati dan menjadi sos.

No comments:

Post a Comment