Thursday, December 1, 2011

Steak & Pie - Zamir


Bahan-bahan Steak :
  • 1 sudu besar Serbuk Paprika
  • 1 sudu Daun Thyme
  • Lada Hitam
  • Ribeye Steak
  • Cili Kering

Bahan-bahan Pie :
  • 4 biji Cendawan Butang
  • 1 sudu besar Mentega
  • 2 sudu besar Gula
  • 1 sudu Daun Thyme
  • 4 buah Pear
  • Cili Kering
  • Garam
  • Pastri Puff
  • Minyak Neuvida

Bahan-bahan Acar Timun dan Tomato :
  • 3biji Tomato (dipotong dadu)
  • ¼ batang Timun (dipotong dadu)
  • Garam
  • Cuka
  • Jeruk Jalapeno
  • Gula

Bahan-bahan Sos Krim :
  • 1/4 biji Lemon
  • 50ml Krim
  • Mentega
  • Bawang Putih
  • Jeruk Jalapeno

Cara-cara Penyediaan Steak :
  • Perapkan steak yang telah disapukan minyak Neuvida bersama serbuk paprika, kepingan cili kering, lada hitam dan daun thyme selama 2 minit.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan masak ia selama 3 minit pada kedua-dua bahagian steak.
  • Kemudian, masak selama 5 minit di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.

Cara-cara Penyediaan Pie :
  • Masakkan cendawan selama 3 minit didalam kuali bersama minyak neuvida, gula, mentega, serbuk cili-kering dan daun thyme.
  • Kemudian, masukkan buah pear dan masak selama 2 minit dan tambahkan garam secukup rasa.
  • Keluarkan dari kuali dan rehatkan selama 2 minit.
  • Selepas itu, letakkan pastri puff di atasnya dan bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 190 darjah celcius.

Cara-cara Penyediaan Acar Timun dan Tomato :
  • Panaskan kuali dan masukkan cuka dan gula. Masak sehingga gula cair dan keperangan.
  • Perapkan tomato dan timun bersama selama 3 minit. Masukkan juga sedikit jalapeno jeruk yang dicincang.
  • Kemudian masukkan cuka dan gula yang telah menjadi perang tadi ke dalam sayuran dan perap selama 30 minit.

Cara-cara Penyediaan Sos Krim :
  • Dengan menggunakan kuali yang digunakan untuk masak steak tadi, panaskan mentega dan masukkan bawang putih, jalapeno jeruk, lemon dan krim.
  • Setelah masak, kisar bahan-bahan tadi dan tapis kan sos nya.

No comments:

Post a Comment