Friday, December 2, 2011

Pod Kastard Beri & Menara Beri - Zahin


POD KASTARD BERI :

    Bahan-bahan untuk Kastard:
  • Kuning Telur
  • Gula Perang
  • Serbuk Kayu Manis
  • “Mascarpone”
  • Garam

Cara-cara menyediakannya:

  • Pukul kuning telur bersama gula perang dan serbuk kayu manis. Kemudian, masukkan “mascarpone” dan garam secukup rasa.
  • Masukkan ia ke dalam acuan kek dan kukus ia sehingga masak.
  • Selepas itu, keluarkan ia dan biarkannya sejuk.
    Bahan-bahan untuk Jeli Beri:
  • Gula
  • Serbuk Kayu Manis
  • Strawberi
  • Garam


Cara-cara menyediakannya:

  • Panaskan periuk dan masak gula bersama serbuk kayu manis dan strawberi.
  • Perasakan ia dengan garam dan kemudian, masukkan ia ke dalam bekas kastard yang telah disejukkan tadi.

    Bahan-bahan untuk Hiasan:
  • Beri Biru
  • Mascarpone
  • Daun “Fennel”

Cara-cara menghias:

  • Hiaskan kastard tadi bersama beri biru, mascarpone dan daun fennel.

MENARA BERI :

Bahan-bahan untuk Roti:

  • Roti
  • Telur
  • Gula
  • Garam
  • Esen Vanila
  • Serbuk Kayu Manis

Cara-cara menyediakannya:

  • Adunkan telur bersama gula, esen vanilla , serbuk kayu manis dan garam secukup rasa.
  • Kemudian celupkan roti bersama bahan-bahan tadi dan gorengkan ia.

Bahan-bahan untuk Krim “Mascarpone”:

  • “Mascarpone”
  • Gula
  • Esen Vanilla

Cara-cara menyediakannya:

  • Masukkan “Mascarpone” ke dalam mangkuk bersama gula dan esen vanila.
  • Pukul bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

Bahan-bahan untuk Beri Bersalut:

  • Beri
  • Jeli Beri

Cara-cara menyediakannya:

  • Salutkan beri didalam jeli beri.

SUSUNAN HIDANGAN : 
  • Susun roti telur di atas pod kastard beri dan salutkan ia bersama krim “mascarpone”.
  • Susunkan juga beri bersalut di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment