Friday, December 2, 2011

Lempeng Strawberi Bersoskan Beri Biru - Wahidan


Bahan-bahan Lempeng Strawberi :
  • Tepung Serbaguna
  • Tepung Jagung
  • Telur
  • Gula Kastor
  • Susu
  • Strawberi (dipotong dadu)

Bahan-bahan Sos Beri Biru :
  • Beri Biru
  • Gula Kastor
  • Serbuk Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Bunga Lawang

Cara-cara Penyediaan Lempeng Strawberi :
  • Pukul telur sehingga kembang dan kemudian, masukkan gula sikit demi sedikit. Selepas itu, masukkan pula tepung serbaguna dan tepung jagung.
  • Akhir sekali masukkan susu dan adunkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Selepas adunan tadi diadun sebati, masukkan buah strawberi ke dalamnya dan gaulkan sehingga rata.
  • Panaskan kuali dan masak lempeng tadi. Saiz lempeng mengikut citarasa.
  • Angkat dan ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Sos Beri Biru :
  • Kisarkan buah beri biru dan masukkan ia kedalam periuk bersama air, gula dan rempah tiga sekawan. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga masak.
  • Kemudian toskan ia, dan masak semula bahan-bahan tadi sehingga pekat dan menjadi sos.

Susunan Hidangan :
  • Sapukan lempeng strawberi bersama sos tadi menjadi 3 lapisan. Susunkan ia di atas pinggan hidangan.
  • Hiaskan bersama buah beri segar di atas lempeng dan sos beri biru.

No comments:

Post a Comment