Thursday, December 1, 2011

Pai Stik & Cendawan Bersama Salad Buah-buahan - Amita


Bahan-bahan Pai Stik dan Cendawan :
  • 250g 'Ribeye' (dihiris lawan urat)
  • 6 butang Cendawan (dihiris)
  • ½ biji Bawang Merah (dipotong kecil)
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu teh Rosemary
  • 1 sudu teh Serbuk Lada Hitam
  • 20 gm Mentega
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • ¼ cawan Krim
  • Secukup rasa Garam
  • 1 keping Pastri Puff (bulatan besar dan kecil)
  • 3 sudu besar Keju Parmesan
  • 1 sudu besar Minyak Masak
  • Telur (dipukul)

Bahan-bahan Salad Buah-buahan :
  • ½ biji Buah Gedang (dibuang isi)
  • ½ biji Pir (dihiris nipis)
  • ½ biji Jus Limau
  • Garam
  • Gula
  • 1/2 sudu teh Serbuk Lada Hitam
  • 3 sudu besar Minyak Neuvida

Cara-cara Penyediaan Pai Stik dan Cendawan :
  • Perapkan 'ribeye' dengan sedikit garam, lada hitam dan salut dengan sedikit tepung gandum dan ketepikan.
  • Panaskan kuali bersama mentega dan minyak masak, masukkan bawang merah dan masak sehingga lembut dengan api kecil.
  • Kemudian masukkan rosemerry, cendawan dan bawang putih. Apabila sudah naik harum, masukkan kepingan 'ribeye' dan masak dengan api besar sehingga permukaan kepingan 'ribeye' menjadi sedikit perang.
  • Masukkan krim, keju parmesan, lada hitam dan garam secukup rasa. Masakkan seketika.
  • Panaskan ketuhar dengan suhu 200 darjah celcius.
  • Sapukan selapis mentega pada acuan pai. Letakkan kepingan pastri puff yang lebih besar di dalam acuan.
  • Masukkan 'ribeye' dan cendawan yang dimasak tadi ke dalam acuan. Sapukan telur di tepi pastri dan tutup dengan pastri yang lebih kecil. Cucuk beberapa lubang di permukaan supaya wap akan keluar semasa pai dimasak.
  • Sapukan telur di permukaan pai. Masuk ke dalam ketuhar dan masak selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Salad Buah-buahan :
  • Campurkan jus limau, gula, garam, serbuk lada hitam dan sapu minyak neuvida sehingga sekata.
  • Gaulkan buah-buahan dengan bahan-bahan tadi.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment