Monday, December 5, 2011

Kerabu Gamat Bersama Shi Zhuan Sos - Danial


Bahan-bahan Kerabu Gamat :
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • 1 sudu besar Minyak Bijan
  • 1 biji Limau Nipis
  • Rasa Garam
  • Lada Sulah
  • Gamat
  • Soo Hoon (direbus lembut)
  • Kacang Panjang (dipotong dan direbus)
  • Tomato (dihiris nipis)
  • Serai (dihiris nipis)
  • Bunga Kantan (dihiris nipis)
  • Bawang Merah (dihiris)
  • Bawang Putih (dicincang)

Bahan-bahan Shi Zhuan Sos :
  • 3 biji Cili Padi
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 1 tangkai Daun Bawang
  • Gula
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Halia
  • Minyak

Cara-cara Penyediaan Kerabu Gamat :
  • Cuci gamat sehingga bersih dan taburkan serbuk Maggi Cukup Rasa dan rebuskan selama 2 minit.
  • Selepas itu, potong gamat tersebut sepanjang 5cm dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama tomato, serai, bunga kantan, bawang merah, bawang putih, soo hoon dan kacang panjang.
  • Tambahkan limau ke dalam mangkuk dan minyak bijan. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga rata. Perasakan bersama garam dan lada sulah.
  • Selepas siap, ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyedian Shi Zhuan Sos :
  • Kisarkan cili padi bersama bawang putih, daun bawang dan halia sehingga lumat.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu, masukkan gula, garam dan lada sulah sebagai penambah rasa.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susun kerabu gamat di atas pinggan hidangan dan hidangkan bersama Shi Zhun Sos.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment