Monday, December 5, 2011

Timun Laut Bermadu Tiga - Deena


Bahan-bahan Timun Laut Goreng :
  • Timun Laut (dipotong panjang dan halus)
  • Cili Merah (ditumbuk halus)
  • Bawang Besar (ditumbuk halus)
  • Telur
  • Kacang Edamame
  • Bawang Putih (diketuk)
  • Gula
  • Garam
  • Lada Putih

Bahan-bahan Kerabu Timun Laut :
  • Timun Laut (dipotong panjang dan halus)
  • Air Asam Jawa
  • Cili Padi (dipotong halus)
  • Bawang Besar (dimayang)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Jus Limau Nipis
  • Gula dan Garam

Bahan-bahan Timun Laut Gula Melaka :
  • Timun Laut (dipotong dadu)
  • Gula Melaka
  • Santan

Cara-cara Penyediaan Timun Laut Goreng :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang putih dan cili merah bersama bawang besar sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian masukkan timun laut dan telur. Gaul bahan-bahan sehingga rata.
  • Akhir sekali, masukkan kacang edamame dan perasakan bersama gula, garam dan lada putih.
  • Gorengkan sebentar dan ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Kerabu Timun Laut :
  • Gampurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar dan perasakan bersama garam dan gula.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Timun Laut Gula Melaka :
  • Panaskan kuali dan cairkan gula melaka. Selepas itu, tambahkan santan dan gaul sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan timun laut ke dalam mangkuk dan dan masukkan sos gula melaka bersantan tadi.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susun timun laut goreng di atas pinggan hidangan bersama Kerabu Timun Laut dan Timun Laut Gula Melaka.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment