Thursday, December 1, 2011

Daging Gulung Cahaya Cinta - Shahriah


Bahan-bahan Daging Gulung :
  • Daging Ribeye
  • Bawang Kuning (dipotong dadu)
  • Bawang Putih (dipotong dadu)
  • Cili jalapeno
  • Rosemary (ditumbuk dijadikan serbuk)
  • Serbuk Lada Hitam
  • Minyak
  • Garam

Bahan-bahan Sos Cendawan :
  • Bawang Kuning (dipotong dadu)
  • Bawang Putih (dipotong dadu)
  • Cendawan (dihiris)
  • Krim
  • Lada Hitam
  • Lada Putih
  • Garam
  • Mentega
  • Minyak

Bahan-bahan Kentang dan Ayam Benggala :
  • Kentang (saiz kecil direbus sehingga empuk)
  • Minyak
  • Daun Pasli
  • Serbuk Rosemary
  • Garam
  • Lada Hitam dan Lada Sulah

Cara-cara Penyediaan Daging Gulung :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang kuning, bawang putih, rosemary, serbuk lada hitam dan garam sehingga naik bau wangi.
  • Tumiskan ia bersama daging ‘ribeye’ dan biarkan ia sebentar.
  • Potong dua cili jalapeno dan buang bijinya. Kemudian, susunkan ia di atas daging dan gulungkan daging tersebut.
  • Selepas itu, ikat dengan tali dan masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan bersama sedikit mentega dan minyak.
  • Biarkan ia dimasak sehingga keperangan dan panggangkan ia di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius selama 8-10 minit.
  • Angkat dan potong daging tersebut dan biarkan ia sebentar untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan Sos Cendawan :
  • Panaskan mentega dan sedikit minyak di atas kuali.
  • Masukkan bawang kuning, bawang putih dan cendawan dsan biarkan ia ditumis.
  • Masukkan krim dan sedikit air. Gaul sehingga rata.
  • Kemudian, pekatkan sos dan sesuaikan rasa.
  • Ketepikan untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Kentang dan Ayam Benggala :
  • Potong kentang kepada dua bahagian dan lumuskan dengan kesemua bahan diatas iaitu, daun pasli, serbuk rosemary, garam, lada hitam dan lada sulah.
  • Angkat dan ketepikan untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment