Friday, December 2, 2011

Kek Span Bersama Krim Keju Beri - Zuraidah


Bahan-bahan Kek Span :
  • 3 biji Telur Ayam
  • 30 gm Tepung Gandum (diayak beberapa kali)
  • 30 gm Gula Kastor
  • 1 sudu teh Essen Vanilla
  • 3 sudu besar Mentega ( dicairkan)

Bahan-bahan Krim Keju Beri :
  • 250gm Krim Keju
  • Strawberi
  • Raspberi
  • Beri Hitam
  • Beri Biru
  • Goose Beri

Cara-cara Penyediaan Kek Span :
  • Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  • Masukkan tepung sikit demi sedikit.
  • Kemudian, masukkan esen vanila dan tuangkan mentega cair. Kacau bahan-bahan sehingga sebati.
  • Selepas itu, tuangkan ia ke dalam loyang kek.
  • Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar ia selama 20 minit atau sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Krim Keju Beri :
  • Masak strawberi, raspberi, beri hitam dan beri biru bersama gula sehingga hampir hancur.
  • Kemudian, pukul krim keju sehingga kembang dan masukkan strawberi, raspberi, beri hitam dan beri biru ke dalamnya. Gaul sehingga rata.

Susunan Hidangan :

Hiaskan kek span bersama krim keju beri dan hiaskan ia bersama strawberi, “goose” beri, beri hitam dan beri biru.

No comments:

Post a Comment