Friday, December 2, 2011

Kek Coklat Bersama Beri dan Krim - Amita


Bahan-bahan Kek Coklat :
  • 3 biji Telur (asingkan telur putih dan telur kuning)
  • 50gm Tepung Gandum
  • 10gm Serbuk Koko
  • 80gm Gula Kastor

Bahan-bahan Krim :
  • 200ml Krim (mesti sejuk)
  • 2 sudu besar Gula Ising

Bahan-bahan Sos 'ButterScotch' :
  • 50gm Gula Kastor
  • Sedikit Air
  • 100ml Krim

Bahan-bahan Untuk Hiasan :
  • (dipotong mengikut cita rasa sendiri)
  • Strawberi
  • Blueberi
  • Rasberi
  • Beri Hitam
  • Gooseberi

Cara-cara Penyediaan Kek Coklat :
  • Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko sebanyak dua kali dan ketepikan.
  • Kemudian, pukul telur putih sehingga kembang dan kental dan masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga ia larut.
  • Selepas itu, masukkan kesemua telur kuning dan pada masa yang sama ayak tepung sedikit demi sedikit kedalam bahan-bahan tadi dan pukul kesemua bahan sehingga sebati.
  • Tuangkannya ke dalam acuan dan bakar dengan menggunakan ketuhar selama 15 minit atau sehingga masak.
  • Keluarkan dan potong kek mengikut citarasa dan ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Krim :
  • Pukul krim sehingga kembang dan kental.
  • Masukkan gula dan pukul sehingga sebati.
  • Ketepikan untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Sos 'Butterscotch' :
  • Masak gula bersama air diatas kuali sehingga menjadi karamel.
  • Selepas itu, campurkan krim dan masak sehingga karamel smenjadi sedikit cair dan gaul kesemua bahan sehingga sebati.

Susunan Hidangan :
  • Susun kek coklat di atas pinggan dan sapukan krim di atasnya.
  • Hidangkan bersama campuran beri dan sos.
  • Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment