Friday, December 2, 2011

Kegemilangan Beri Musim Panas (Summer Berry Glory) - Felix


Bahan-bahan Krim Pastri 'Gooseberry' :
  • 3 biji Kuning Telur
  • 250 ml Susu UHT
  • 2 sudu besar Tepung Jagung
  • 5 sudu besar Tepung Kastor
  • Secukup Rasa Garam
  • 4 biji “Goose" beri (dilenyekkan sehingga halus)
  • ½ batang Kulit Kayu Manis

Bahan-bahan 'Compote' Beri :
  • 250 gm Buah Beri Campuran
  • ½ cawan Gula
  • ½ batang Kulit Kayu Manis
  • ¼ cawan Air

Bahan-bahan 'Vanilla Mascarpones' :
  • 1 susu teh Esen Vanila
  • 250 gm “Mascarpones"
  • Secukup Rasa Gula

Bahan-bahan 'Whipping' Krim :
  • Secukup rasa Gula Halus
  • Krim 35% lemak (disejukkan)

Bahan-bahan 'Praline' Buah Badam :
  • 100 gm Buah Badam
  • 100 gm Gula
  • Secukup Rasa Garam

Bahan-bahan Biskut 'Filo' :
  • 50 gm Mentega Cair
  • 3 keping Pastri "Filo"
  • 1 biji Kuning Telur
  • 100 ml Susu (dicampurkan bersama)
  • Secukup Rasa Gula Halus

Cara-cara Penyediaan Krim Pastri 'Gooseberry' :
  • Renehkan susu bersama kulit kayu manis.
  • Dengan menggunakan mangkuk (stainless steel), kacau kuning telur, gula, secubit garam, tepung jagung dan “goose” beri sehingga rata.
  • Selepas itu, tuangkan susu yang direneh tadi ke dalam campuran telur sedikit demi sedikit sambil mengacau ia sehingga habis.
  • Kemudian, masukkan campuran susu dan telur tadi ke dalam periuk dan kacaukannya dengan menggunakan “whisk” sehingga ia menjadi pekat.
  • Tapiskan krim pastri ini untuk keluarkan “goose” beri dan ketepikan ia.

Cara-cara Penyediaan 'Compote' Beri :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan masakkan ia dengan menggunakan api yang perlahan.
  • Masakkan ia sehingga beri mengeluarkan warna, gula mencair dan campuran beri menjadi lembut.
  • Biarkannya ditepi.

Cara-cara Penyediaan 'Vanilla Mascarpones' :
  • Dengan menggunakan mangkuk (stainless steel), pukul “mascarpone” dan esen vanila sehingga rata dan gebu.
  • Kemudian, masukkan gula secukup rasa dan biarkan campuran di tepi.

Cara-cara Penyediaan 'Whipping Krim' :
  • Masukkan krim ke dalam mangkuk (stainless steel) dan pukul ia dengan menggunakan “whisk” sehingga menjadi gebu.
  • Masukkan gula halus dan kacaukan ia secra perlahan sehingga rasanya mencukupi.
  • Akhir sekali, sejukkan krim.

Cara-cara Penyediaan 'Praline' Buah Badam :
  • Dengan menggunakan kuali, panggang buah badam sehingga menjadi ranggup. Keluarkan dan ketepikan.
  • Dengan menggunakan kuali yang lain, panaskan kuali dan masak gula sehingga menjadi keperangan atau karamel. Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
  • Selepas itu, salutkan buah badam tadi ke dalam karamel dan gaul sehingga rata.
  • Kemudian, tuangkan salutan badam ini di atas kertas pembakar dan biarkan ianya sejuk dan mengeras.
  • Akhir sekali, hancurkan buah badam dengan menggunakan lesung batu dan ketepikan ia.

Cara-cara Penyediaan Biskut 'Filo' :
  • Sapukan mentega cair pada permukaan pastry “filo” dan kemudian potongkan ia kepada 2 bahagian dan susunkan ia secara bertingkat antara satu sama lain.
  • Pada permukaan paling atas, sapukan ia dengan campuran kuning telur dan susu.
  • Kemudian, taburkan “filo” dengan gula halus supaya ia disaluti gula.
  • Bakarkan ia di dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah celsius sehingga ia menjadi warna kuning keemasan.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan biskut “Filo" yang telah dibakar di atas pinggan hidangan. Hidangkan ia bersama krim pastri “groose” beri, “compote" beri, vanilla “mascarpone”, “whipping” krim dan “praline” buah badam.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment