Tuesday, December 6, 2011

Tiramisu Durian


Bahan bahannya

150ml heavy whip cream ( nak lebih pun boleh )
200ml cream cheese ( nak lebih pun boleh )
300g isi durian ( lebih jika mahu )
2 pkt biskut lady's finger ( terpulang pada size bekas anda )
3 sudu besar gula
2 sudu besar nescafe
2 sudu besar milo
1 1/2 cawan air suam ( utk bancuh nescafe & milo )
Serbuk cocoa utk hiasan


Cara caranya

Pukul whip cream & cream cheese sebentar
Masukkan isi durian, gula dan pukul lagi ( tak payah kembang )
Ketepikan

Satukan milo & nescafe dlm air
Kacau rata
Celup biskut ( jgn terlalu lembik ) susun dibekas pilihan anda
Buat selapis biskut, selapis cheese dan seterusnya sehingga habis
Bungkus dgn plastic wrap dan simpan dalam peti ice utk 2-3 jam
Potong dan hias dengan serbuk cocoa
Enak dimakan sejuk sejuk

** Bahan bahan adalah anggaran, boleh tambah jika anda ingin buat dlm quantity yg banyak
Jika air utk celup biskut tidak mencukupi sila buat lagi campuaran nescafe & milo

No comments:

Post a Comment