Thursday, December 1, 2011

Tart Pear Terbalik - Ezani


Bahan-bahan Tart Pear :
  • 1 biji Pear (dibelah dua dan dibuang biji)
  • Gula Perang
  • Mentega
  • Air
  • Jus Lemon
  • Pastri Puff (dibentuk mengikut kuali)
  • Rosemary

Bahan-bahan Custard :
  • Telur Kuning
  • Gula
  • Kulit Kayu Manis
  • Kulit Lemon
  • Krim

Cara-cara Penyediaan Tart Pear :
  • Masukkan pear dengan gula perang dan mentega, masukkan air sedikit dan masak sehingga pear lembut sedikit.
  • Selepas itu, perahkan jus lemon dan gaul bahan-bahan tesebut sehingga gula menjadi keperangan dan pekat.
  • Kemudian, masukkan sos caramel tadi kedalam kuali leper dan susun bersama bear yang telah dimasak tadi (bahagian isi pear dibawah).
  • Potong pastry puff mengikut bentuk kuali leper dan letakkan puff pastri ke atas pear.
  • Masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 190 darjah celcius selama 15 to 20 minit atau sehingga masak.
  • Akhir sekali, terbalikkan tart diatas pinggan hidangan dan hias bersama rosemary.

Cara-cara Penyediaan Custard :
  • Pukul telur kuning sehingga kembang dan masukkan gula, kulit kayu manis, kulit loemon dan krim.
  • Kacau diatas air mereneh (double boiling) dan masak sehingga pekat.
  • Akhir sekali tapis dan hidangkan bersama tart.

No comments:

Post a Comment