Friday, December 2, 2011

Ravioli Bersama Sos Udang Bermentega - Ary Malik


Bahan-bahan Ravioli :
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Minyak Neuvida (digaul dan diadun)
  • Garam
  • 1 biji Telur
  • Herba 'Oregano' Kering

Bahan-bahan Sos Udang Bermentega :
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • Garam
  • Lada
  • Udang (dicincang halus)

Bahan-bahan Sos :
  • Buah Tomato (dipotong dadu)
  • Lada Benggala Kuning (dipotong dadu)
  • Kacang Buncis (dipotong kecil)
  • Mentega
  • Udang
  • Bawang Putih
  • 'Oregano' Kering
  • Garam
  • Lada Hitam

Cara-cara Penyediaan Ravioli :
  • Gaul dan adunkan tepung gandum, minyak neuvida dan garam sehingga rata. Ulikan selama 5 minit sehingga 'springy' apabila disentuh.
  • Kemudian, biarkan doh tersebut rehat seketika dan tutup dengan pembalut aluminium

Cara-cara Penyediaan Sos Udang Bermentega :
  • Tumiskan bawang putih dan udang. Perasakan dengan garam dan lada secukup rasa dan ketepikan.
  • Kemudian masukkan bahan tumisan tadi ke dalam pasta ravioli dan masak di dalam air panas yang direbus dengan sedikit garam.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Tumiskan udang dan bawang putih dalam sedikit minyak.
  • Selepas itu, masukkan sayuran dan perisakan bersama garam dan lada.
  • Tutupkan api dan masukkan satu sudu besar mentega dan gaul semua bahan-bahan sehingga sebati.

1 comment:

  1. nmpk ringkas resepi nie..emm nk cuba la buat sendiri..tq=)

    ReplyDelete