Monday, December 5, 2011

Gamat, Udang dan Cendawan Goreng - Felix


Bahan-bahan :
  • ½ cawan Timun Laut (dihiris besar)
  • 4 ekor Udang (saiz besar)
  • ¼ cawan Fungus Hitam (dihiris)
  • ¼ cawan Cendawan Shimeji (dihiris)
  • ¼ batang Lobak Merah (dihiris)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 inci Halia
  • ½ cawan Brokoli (dipotong besar dan dicelur)
  • Stok Maggi Master
  • Sos Tiram

Cara-cara :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang putih, hal dan bawang merah sehinga lembut.
  • Kemudian, masukkan cendawan, fungus hitam, udang dan lobak merah. Kacau sehingga rata.
  • Selepas itu, masukkan gamat dan perisakan dengan sos tiram, Stok Maggi Master, lada sulah dan gula.

Susunan Hidangan :
  • Susun gamat, udang dan cendawan goreng di atas pinggan hidangan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment