Monday, December 5, 2011

Gamat Berlayar Di Lautan Merah - Brian


Bahan-bahan Gamat :
  • Gamat
  • Telur (dipukul)
  • Tepung
  • Buah Gajus (direbus dan dihancurkan)

Bahan-bahan Sos :
  • Tomato
  • Bawang Kuning Besar
  • Tembikai Susu
  • Cuka
  • Cili Merah Besar
  • Lada Benggala Merah
  • Lada Benggala Kuning
  • Garam
  • Gula
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Hiasan :
  • Timun (dihiris)
  • Lobak Merah (dihiris)

Cara-cara Penyediaan Gamat :
  • Panaskan periuk bersama air dan celurkan gamat dan potong kepada kepingan.
  • Selepas itu, salutkan ia dengan tepung, telur, dan buah gajus.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan gorengkan sehingga buah gajus garing.
  • Toskan dan ketepikan, kemudian letakkan ke atas tisu untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Tumiskan bawang kuning besar sehingga lembut. Masukkan tomato dan tembikai susu serta cili merah. Tambahkan sedikit air dan biarkan ia mereneh.
  • Kemudian, campurkan cili, lada benggala, cuka, garam dan gula secukup rasa.
  • Gaul sehingga sebati dan ketepikan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susun gamat di atas hirisan timun dan lobak merah.
  • Kemudian curahkan sos di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment