Thursday, December 1, 2011

Cucur Ikan Bilis - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :
  • 500gm Tepung Gandum
  • 3 biji Telur
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 1 sudu kecil Serbuk Cili
  • 2 biji Bawang Kuning
  • 2 tangkai Daun Kucai
  • 200gm Ikan Bilis
  • Garam secukup rasa
  • Lada Sulah secukup rasa

Cara-cara :
  • Hiriskan bawang, potongkan daun kucai lebih kurang 2 cm dan rendam ikan bilis.
  • Masukkan tepung gandum ke dalam bekas yang besar bersama satu sudu besar serbuk kunyit dan satu sudu besar serbuk cili.
  • Kemudian masukkan garam, lada sulah secukup rasa.
  • Selepas itu masukkan air dan gaul.
  • Masukkan ikan bilis yang telah direndam ke dalam adunan tepung bersama kucai dan bawang kuning.
  • Kemudian kisarkan segengam ikan bilis sehingga menjadi serbuk dan masukkan ke dalam adunan tepung bersama 3 biji telur.
  • Gaul semua adunan sehingga agak pekat dan sesuai untuk digoreng.
  • Paraskan kuali dengan minyak yang banyak dan boleh digoreng dengan anggaran 1 sudu besar untuk menjadi sebiji cucur.

Kumpulan Biru: Saiful(Ketua Kumpulan), Amita, Kamaruzzaman, Felix, Deena, Danial, Ezani, Zuraidah, Wahidan.

No comments:

Post a Comment