Monday, December 5, 2011

Timun Laut 'Stir-Fry' Ala Oriental - Ary Malik


Bahan-bahan Timun Laut :
  • 2 sudu besar Kicap Cair
  • Timun Laut
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Air

Bahan-bahan Timun Laut 'Stir-Fry' Ala Oriental :
  • 2 sudu besar Kicap Cair
  • 1 sudu besar Kicap Pekat
  • Garam dan Gula
  • Maggi Cukup Rasa
  • Lada Sulah
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Kupang (Mussels)
  • Udang
  • Timun Laut

Cara-cara Penyediaan Timun Laut :
  • Panaskan periuk bersama air dan rebuskan timun laut bersama kicap cair, halia dan bawang putih selama 2-3 minit.
  • Selepas itu, toskan dan potong timun laut memanjang.

Cara-cara Penyediaan Timun Laut 'Stir-Fry' Ala Oriental :
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih, kupang (mussels) dan udang.
  • Gaul sehingga rata dan masukkan kicap cair, kicap pekat dan timun laut.
  • Gaul sehingga sebati dan masukkan sayuran, garam, lada sulah dan Maggi Cukup Rasa.

Susunan Hidangan :
  • Susun timun 'stir-fry' ala oriental di atas pinggan hidangan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment