Friday, December 2, 2011

Ravioli Telur Bersama Sos Zaitun dan Udang - Zahin


Bahan-bahan Ravioli Telur :
  • Tepung
  • Telur
  • Minyak
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Sos Zaitun dan Udang :
  • Serbuk Lada Putih
  • Serbuk Lada Hitam
  • Garam
  • Cili (dipotong dadu)
  • Bawang Putih (dicincang)
  • Minyak
  • Daun Fennel
  • Zaitun Hitam
  • Udang

Cara-cara Penyediaan Ravioli Telur :
  • Masukkan telur, minyak dan lada hitam ke dalam mangkuk besar dan kacau sehingga sebati.
  • Selepas itu, masukkan tepung, sedikit demi sedikit dan kacau bersama aduan telur hingga menjadi doh. Tambah tepung jika perlu.
  • Kemudian, uli doh tersebut sehingga anjal dan sehingga menjadi nipis.
  • Akhir sekali potong doh tersebut kepada bentuk petak.
  • Rebuskan di dalam periuk berisi air panas.

Cara-cara Penyediaan Sos Zaitun dan Udang :
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian, masukkan cili, bawang putih, gara dan lada. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga bawang menjadi lembut dan perang.
  • Pada masa yang sama, rebuskan udang di dalam periuk berisi air panas. Biarkan masak dan ketepikan.
  • Akhir sekali, perapkan sos bersama daun fennel, zaitun hitam dan udang sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment