Tuesday, December 6, 2011

Kek Belang Mini


Bahan-bahan:

200 g coklat putih
3 biji telur
1/2 cawan air
1 cawan minyak
1/2 cawan gula halus (atau gula kasar yang dikisar terlebih dahulu)
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh serbuk penaik*
1/2 sudu teh soda bikarbonat* (*diayak bersama)

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dengan api yang sederhana.

2. Cairkan coklat putih dalam periuk kecil menggunakan kaedah double boiler. Setelah cair, ketepikan.

3. Satukan telur, air, minyak & gula. Pukul hingga kembang. Masukkan susu pekat & coklat putih yang telah dicairkan. Pukul & sebatikan.

4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati. Untuk membuat belang, bolehlah dibahagikan dengan perisa/pewarna

5. Tuang ke dalam acuan (lengserkan dengan marjerin)/cawan kertas (3/4 daripada acuan/cawan kertas tersebut) secara berselang-seli. Masukkan dalam pengukus. Kukus hingga masak (lebih kurang 20-30 minit).

6. Selepas masak, biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan.



Nota:

1. Saya membahagikan adunan ini kepada dua bahagian. 1 bahagian saya letakkan serbuk koko sebanyak 3 sudu teh.

2. Ada juga adunan yang saya letakkan coklat cip.

3. Hiasan terpulang mengikut citarasa sendiri.

4. Sekiranya anda tiada pemutar, anda boleh menggunakan pengisar. Kaup balik sahaja tepung ke dalam adunan yang cair itu.

5. Tutup penutup pengukus dengan kain bagi mengelakkan wap air terjatuh ke atas kek.

6. Air di dalam adunan ini boleh digantikan dengan susu segar.

No comments:

Post a Comment