Thursday, December 1, 2011

Daging Gulung Bersama Krim Sos Salsa - Danial


Bahan-bahan Daging Gulung :
  • Cili Jalapeno (dihiris halus)
  • Cendawan (dihiris nipis)
  • Krim
  • Daging Ribeye (diketuk dan dipotong panjang)
  • Tomato
  • Bawang Kuning (dipotong dadu)
  • Zucchini (dihiris)
  • Lada Benggala Merah
  • Daun Bawang
  • Pasli
  • Lemon
  • Pastri Puff (dipotong panjang dan halus)

Bahan-bahan Sos Salsa Krim :
  • 1/3 cawan Mentega
  • 1 biji Tomato (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar Jus Lemon
  • Bawang Kuning (dipotongdadu)
  • Cili Jalapeno (dipotong dadu)
  • Krim
  • Garam
  • Lada

Cara-cara Penyediaan Daging Gulung :
  • Perapkan daging 'ribeye' bersama herba thyme, lada hitam, garam dan jus lemon selama 15 minit.
  • Aturkan pastri puff sebanyak lebih kurang 6 helai dan susunkan zucchini, bawang benggala (capsicum), cendawan,cili jalapeno di atasnya.
  • Kemudian letakkan daging dan gulung puff itu bersama bahan-bahan tadi.
  • Selepas itu panaskan 150ml minyak dan gorengkan gulungan puff tadi sehingga keperangan.
  • Angkat dan potongkan kepada 2 bahagian.
  • Ketepikan untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan Sos Salsa Krim :
  • Panaskan kuali bersama mentega dan masukkan bawang kuning. Tumis sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu masukkan tomato dan cili jalapeno. Gaul bahan-bahan sehingga rata.
  • Kemudian masukkan krim, garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan 2 sudu besar jus lemon dan kacau sehingga sebati.

No comments:

Post a Comment