Tuesday, November 29, 2011

Hidangan Mini Manis & Savoury - Ary Malik


Bahan-bahan :
  • Roti Focaccia
  • Roti Ciabatta
  • 1 sosej Ayam
  • 1 sosej Daging
  • Buah Pic
  • Ubi Bit
  • Mentega
  • Gula Perang
  • Cendawan Butang
  • Bawang Putih
  • Krim
  • Oregano Kering
  • Lemon
  • Paprika

Cara-cara Penyediaan Hidangan Manis :
  • Potong sehiris roti ciabatta dan rendamkan di dalam krim sehingga serap sepenuhnya.
  • Kemudian bakarkan sekejap bersama mentega di kedua belah sehingga keperangan .
  • Potong sehiris buah pic dan renehkan dalam periuk bersama 2 cawan air dan 4 sudu gula perang sehingga lembut.
  • Setelah siap keluarkan pic.
  • Kemudian masukkan 1 sudu mentega dan 2 sudu krim, tutup api. Biar sebati.
  • Sementara itu, bakarkan roti selama 5 minit pada suhu 160’c dan keluarkan.
  • Letakkan pic di atas roti yang telah dibakar dan letakkan sos yang telah disediakan tadi (menggunakan air rebusan pic tadi).

Cara-cara Penyediaan Savoury :
  • Potong roti focaccia kepada bentuk bulat bersama hirisan tomato (di atas roti).
  • Hiris sosej, bawang putih (dadu) dan cendawan.
  • Panaskan di atas kuali dengan sedikit minyak dan mentega. Tambahkan garam dan oregano dan sedikit lada sulah.
  • Susun di atas potongan roti dan bakar selama 5-10 minit.
  • Tambahkan 1 sudu mentega pada sisa gorengan dan biar sebati bersama sedikit paprika.
  • Letak sos di atas roti setelah siap.

Cara-cara Penyediaan Salad Beetroot dan Pic :
  • Potong buah pic menjadi dadu kecil.
  • Potong ubi bit menjadi dadu kecil dan reneh di dalam mentega sehingga lembut. Keluarkan.
  • Gaul bersama sedikit minyak, jus lemon dan sedikit garam.

Roti Perancis Merah Baldu Bersos Pic - Amita


Bahan-bahan Roti Perancis :
  • Roti Ciabata (dipotong setebal 1cm)
  • 2 biji Telur
  • 1/2 biji Ubi Bit (dihiris dan direbus sehingga lembut)
  • Gula
  • 3 sudu besar Krim
  • 3 sudu besar Mentega

Bahan-bahan Sos Pic :
  • 1 biji Buah Pic
  • 1 ikat Daun Pandan
  • 3 biji Bunga Cengkih
  • 5 sudu besar Gula
  • 1 cawan Air
  • 1 biji Telur
  • 100ml Krim

Cara-cara Penyediaan Roti Perancis :
  • Campurkan rebusan ubi bit yang telah lembut dengan telur, krim dan gula.
  • Kisarkan campuran supaya menjadi halus.
  • Celupkan roti ke dalam campuran telur, biar roti menyerap semua campuran telur.
  • Panaskan mentega dan masukkan roti yang dicelup dengan telur.
  • Masak dengan api kecil sehingga kedua-dua bahagian menjadi kuning keemasan.

Cara-cara Penyediaan Sos Pic :
  • Potong pic dan masak dalam air bersama bahan-bahan 2,3,dan 4 sehingga pic menjadi lembut.
  • Masak campuran telur dan krim di atas rebusan air.
  • Apabila campuran sudah pekat, campurkan pic yang dimasak tadi dan kisarkan campuran supaya menjadi halus.

Ikan Gerang Asam - Chef Florance Tan



    BAHAN-BAHAN:
  • 175ml Minyak Masak
  • l.1l Air
  • 70g Asam Jawa/Air asam
  • 900g Ikan Pari (dipotong kepingan, 5cm lebar)
  • 3 helai Daun Kesum
  • 1 kuntum Bunga Kantan
  • 2 sudu teh Gula
  • ½ sudu besar Serbuk Ikan Bilis
  • 15 batang Kacang Bendi (dibuang tangkai dan dipotong menyerong)
    BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
  • 30 tangkai Cili kering
  • 300g Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 7 biji Buah Keras
  • 2 cm Kunyit Hidup
  • 2.5cm Lengkuas
  • 4 batang Serai
  • 1 ½ sudu teh Serbuk Belacan
  • Hiasan:Daun Limau Purut, hirisan Cili dan Daun Bawang
      CARA-CARA PENYEDIAAN:
    • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
    • Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
    • Selepas itu, masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renehkan selama 8 minit.
    • Besarkan api dan masukkan perasa dan ikan pari. Biarkannya selama 5 minit.
    • Selepas itu, masukkan kacang bendi dan masak selama 5 minit.

      Untuk hidangan:
    • Hiaskan ikan gerang asam bersama daun limau purut, hirisan cili dan bawang, mengikut citarasa.
    • Ikan gerang asam sangat enak dimakan bersama nasi.