Friday, March 9, 2012

Rendang Sotong


BAHAH-BAHANNYA :
1 kg sotong saiz besar (guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (blehguna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :
-Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam.
-Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
-Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
-Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak.
-Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
-Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa.
-Masak hingga kering sedikit.
-Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api.
-Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...

No comments:

Post a Comment