Saturday, March 10, 2012

Nasi Ayam Madu Ipoh Mali


Sebelum nak prepare Nasi Ayam kita kena prepare Sup Ayam dahulu. Nanti air sup akan kita gunakan untuk tanak nasi. Kalau setakat pakai kiub ayam ajer tak power laaa nanti nasi ayam kita. Biar yang Original baru Uummphh .... !!!

SUP AYAM
1/2 ekor ayam di potong dan dicuci bersih
air secukupnya
1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inc halia - dititik
2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
2 sudu mentega
Sampingan ;- kentang, carrot, chicken ball

Cara penyediaan Sup Ayam :-
1- Panaskan mentega,
2- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3- Masukkan halia dan air, biar hingga air didih.
4- Masukkan kiub ayam dan sup bunjut & sos tiram. Kacau rata
5- Kemudian masukkan ayam, kentang, carrot dan tambahkan garam secukup rasa.
6- Masak hingga ayam dan yang lain-lain empuk.
7- Bila dah masak, Keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup asingkan untuk menanak nasi.
8- Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.

Ok ... dah siap sup ayam, kita prepare ayam nyer pula. Setelah ditoskan, perap ayam bersama bahan-bahan dibawah seketika. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu ...

AYAM MADU
Ayam yg telah di rebus tadi.
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih

Cara penyediaan Ayam Madu :-
1- Gaulkan semua bahan dan lumurkan atau ratakan pada ayam tadi.
2- Perap sekejap. (sementara tunggu nasi dah siap masak baru goreng >> makan panas-panas sedapppp)
3- Kemudian goreng ayam ni dengan minyak yg banyak.

NASI AYAM IPOH MALI
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Cara penyediaan Nasi Ayam Ipoh Mali :-
1- Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
2- Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
4- Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
5- Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
6- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.

SOS CILI MERAH
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
sedikit air dari air rebusan ayam
sedikit sos cili dan sos tomato
garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan Cili Merah ;-
1- Masukkan semua bahan didalam blender
2- Kisar ala kadar, jangan halus sangat
3- Masak hingga mendidih dan pekat
4- Masukkan cili sos & tomato sos sedikit + garam dan gula secukup rasa
5- Kalau terbuat terlebih boleh simpan dalam peti ais buat cecah keropok atau cucur. Sedappp ....

SOS KICAP
2 ulas bawang putih - dihiris
kicap manis atau kicap masin secukupnya
sedikit sup ayam
garam atau gula. (jika kicap masin buh gula aje. kalau kicap manis boh garam sikit)
cili api di hiris - ikut kepedasan kalau suka pedas boh lah lebih2

Cara penyediaan Sos Kicap :-
1- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, pas tu masukkan kicap dan sedikit air sup masak hingga didih.
2- Pas tu masukkan cili dan garam atau gula.
3- Siap di nikmati bersama Nasi Ayam Madu tadi.

Bahan Hiasan
Daun salad
Tomato
Timun
Dah siap !! Selamat bersantapan .....

No comments:

Post a Comment