Saturday, March 10, 2012

Ayam Szechuan


Bahan-bahan:
120gm isi ayam - dihiris dan direbus sekejap
280gm nasi putih kukus
5gm bawang besar
10gm bawang putih
5gm halia
15gm pes cili
15gm pes hot bean
10gm serbuk stok ayam
30gm lada benggala - kuning, merah, hijau
10gm daun bawang
10ml sos tiram
3 titik minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan minyak bijan dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia cincang sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan lada benggala pelbagai warna dan ditumis sehingga sedikit layu.
3. Seterusnya masukkan pes cili, sos tiram dan pes hot bean. Kacau rata dan sebati.
4. Setelah itu masukkan pula garam, gula dan serbuk stok ayam secukup rasa.
5. Akhir sekali, masukkan hirisan ayam dan sebatikan. Didihkan seketika. Taburkan hirisan daun bawang, bijan putih dan gajus bakar

No comments:

Post a Comment