1 paket puff pastry - ready made
(Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan lembut pada suhu bilik)
Bahan Sup
200gm isi ayam di cincang
6 biji cendawan butang segar / dalam tin - di dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - di dadu
250ml air
150ml susu cair
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun / mentega
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada putih / lada hitam
Sapuan
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar susu sejat
parsley kering
Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan tepung gandum, kacau hingga rata. Masukkan air dan kiub pati ayam, kacau rata.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga sup agak pekat. Tuang ke dalam acuan remekin 3/4 penuh. Ketepikan.
3. Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan. Tutup acuan dengan pastry puff. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
4. Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering.

5. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
6. Enak di hidang panas.
*** kiub pati ayam biasanya masin, perasakan dengan sedikit garam sahaja.

No comments:
Post a Comment