Friday, March 9, 2012

Ayam Kicap Bersantan


Ayam Kicap Bersantan
sumber : Majalah SAJI - Februari 2008

Bahan-bahan
1 ekor ayam (Nina guna isi dada ayam dipotong kecil2)
1 batang daun selasih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap masin (Nina guna yang lemak manis ajerrr)
1 cawan santan
Sedikit rempah empat sekawan
Minyak masak
Garam (Nina tak letak punn)

Bahan mayang
3cm halia
3 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-caranya
1- Ayam dibersihkan, kemudian gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam.
2- Pijarkan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat dan toskan.
*** Cara Nina : Setelah dibersihkan, Nina perap ayam bersama sos tiram sebentar. Kemudian Nina gaulkan bersama tepung jagung+tepung kastard. Goreng dengan minyak yang banyak. Angkat dan toskan.***
3- Selepas itu, tumiskan bahan mayang bersama rempah empat sekawan sehingga wangi. Angkat sebahagian tumisan ini dan ketepikan.
4- Kemudian tuangkan kicap dan masukkan santan, serbuk lada hitam dan batang daun selasih. Masak hingga pekat.
5- Setelah mendidih dan pekat, tuangkan kuah ke atas ayam yang telah digoreng tadi bersama sebahagian rempah tumisan yang telah diasingkan tadi.
6- Sedia dihidangkan ....

Selamat mencuba ... !!

No comments:

Post a Comment