Tuesday, February 28, 2012

Sotong Masak Hitam Berempah Ala-ala Mamak


Bahan-bahan
500g Sotong sederhana size - tak potong punn sebab Nina punya mostly semua ada telur.. Hehehe...
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - diketuk jerr
2 inch halia - dihiris halus
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang potong semi bulat untuk hiasan
bahan tambahan lain Nina letak kentang dan carrot sebagai sampingan

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)
2 sudu besar serbuk kari ikan/udang
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk perencah sup
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam

bahan sos
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis
1/2 cawan air (untuk bagi kentang dan carrot empuk)

Cara-caranya
1- Sotong dibersihkan lalu ditos dan diketepikan
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.
3- Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
4- Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
5- Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.
6- Masukkan kentang dan carrot. Masak hingga empuk.
7- Selepas empuk, masukkan sotong. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak sotong akan rasa keras dan tak sedap)
8- Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9- Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan
10- Tutup api
11- Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment