Tuesday, February 28, 2012

FIsh n Chips


BAHAN-BAHAN :
5 keping ikan fillet ikan dory ( sebesar tapak tangan )
fries secukupnya
serbuk roti secukupnya ( bread crums )
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN ( bancuhan tepung) :
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air sejuk
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
- Bersihkan fillet ikan dory dan gaulkan serbuk lada hitam / sulah dan perap selama 15 minit.
- Bancuh semua bahan tepung tadi dan kacau sehingga menjadi pekat , jika bancuhan agak cair tambah sedikit saja tepung gandum lagi .Celupkan fillet ikan dory ke dalam bancuhan tepung pastikan rata pada semua bahagian.
- Kemudian letakkan fillet ikan dory tadi ke dalam serbuk roti dan gaul rata .pastikan semua bahagian ikan dilitupi dengan serbuk roti ini.- Goreng fillet ikan dalam minyak sehingga fillet ikan bertukar warna coklat kekuningan atau samapi fillet ikan masak . Guna api yang sederhana sahaja supaya fillet ikan masak sekata dan kulit luar tidak hangit.

No comments:

Post a Comment