Thursday, February 23, 2012

Sotong Goreng Kari


Sotong Goreng Kari
Bahan-bahan
300g sotong sederhana besar - potong bulat2
2 biji bawang besar - hiris halus
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inch halia - hiris halus
2 batang serai - diketuk
beberapa cili padi - ikut citarasa (nk ltk buleh tak ltk pun buleh)
4 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari ikan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sayuran - cth letak sayur kacang buncis, bunga kobis, carrot, cendawan tiram
1 biji bawang besar - potong semi bulat - untuk hiasan




Cara-caranya


  • Sotong dibersihkan lalu ditoskan
  • Gaulkan sebati sotong bersama serbuk kari ikan, garam dan sedikit serbuk kunyit. Diperap sekitar 15minit.
  • Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga keperang-perangan
  • Masukkan sos tiram, kacau rata
  • Lalu masukkan sotong bersama kesemua sayuran. Kacau rata hingga masak.
  • Masukkan garam secukup rasa. Kalau tak letak pun boleh sebab dah ada garam kat sotong semasa perap tadi dan dah ada rasa kat sos tiram tadi juga.
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar sebagai hiasan.
  • Sedia dihidangkan dan dimakan :))

No comments:

Post a Comment