Thursday, February 23, 2012

Roti Puff


Bahan-bahan :-
1 Bungkus roti Massimo (kalau takder roti lain pun boleh.. jangan korang nak hazab mencari massimo lak)
1 biji telur untuk dijadikan gam
3 sudu tepung (untuk dicelupkan roti semasa mengoreng)

Bahan tumisan

10 biji kentang (dipotong dadu)
sekeping dada ayam dipotong kecil
3 sudu rempah kari (jangan banyak sangat nanti pekat sangat rasa kari)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kiub ayam
garam secukup rasa

1st)
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air dan tumis sampai naik minyak.
Bila dah naik minyak, masukkan ketang yang dipotong dadu dan tambah sedikit air supaya kentang lembut.
Bila dah agak2 lembut masukkan isi ayam dan tunggu sehingga kuah menjadi kering.

2nd)
Leperkan roti dengan pengelek, Buangkan kulit tepi roti dan masukkan inti yang sejuk, lipat dan gamkan dengan telur.

3rd (final)
Bila dah siap step kat atas. Bolehlah digoreng dengan minyak yang sederhana panas. Sebelum digoreng celupkan bahagian yang mudah terbuka dengan tepung gandum supaya semasa mengoreng isi roti tu tak keluar. Goreng sehingga kekuningan.

dan bolehlah dihidangkan untuk minum petang.

No comments:

Post a Comment