Tuesday, February 21, 2012

Puding Karamel Tanpa Telur


Bahan-bahan
ini utk gula hangusnya :-
1 cawan gula
sedikit air


Pudingnya plak :-
4 cawan air
1 packet  serbuk agar-agar (7gm)  / 4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar
1 cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara


  • Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa.Setelah gula cair dan keperangan masukkan sedikit air. Selepas masukkan air, kacau segera supaya gula tak berketul. Tuang dalam loyang. Ketepikan .... ***** (HATI-HATI semasa masukkan sedikit air selepas gula keperangan kerana wap panas akan terpercik)
  • Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih.
  • Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut. (Nina guna jug, lagi mudah)
  • Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati.
  • Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang . (di atas gula hangus tadi)
  • Sejukkan dalam peti ais
  • Sedia dihidangkan. ....... ngap ngap ngapppp !!! sedappppp

No comments:

Post a Comment