Tuesday, February 28, 2012

Kailan Goreng Ikan Masin


Bahan-bahan
300 gram kailan
seekor/dua ikan gelama masin (ini jer ikan masin yang ada kat rumah- belasah jer)
2 biji bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dicincang
2 camca besar sos tiram
1/2 batang carrot - diparut (kes malas nak potong-potong halus) hehee
1/2 cawan air yang dicampur bersama sedikit tepung jagung
Garam

Cara-caranya
1- Kailan dipotong lalu dibersihkan, asingkan tangkai dan daunnya.
2- Ikan gelama masin dicuci bersih dipotong kecil dan ketepikan.
3- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ikan masin tadi dan goreng garing, tambah hirisan bawang merah dan bawang putih. Goreng hingga warna keemasan.
4- Kacau rata dan masukkan sos tiram.
5- Masukkan batang kailan, kacau rata dan masukkan air.
6- Bila batang nya lembut sedikit, masukkan daunnya pula bersama carrot, kacau pantas dan masak hingga layu, guna api besar.
7- Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
8- Boleh angkat dan hidangkan segera.

Selamat mencuba !!

FIsh n Chips


BAHAN-BAHAN :
5 keping ikan fillet ikan dory ( sebesar tapak tangan )
fries secukupnya
serbuk roti secukupnya ( bread crums )
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN ( bancuhan tepung) :
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air sejuk
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
- Bersihkan fillet ikan dory dan gaulkan serbuk lada hitam / sulah dan perap selama 15 minit.
- Bancuh semua bahan tepung tadi dan kacau sehingga menjadi pekat , jika bancuhan agak cair tambah sedikit saja tepung gandum lagi .Celupkan fillet ikan dory ke dalam bancuhan tepung pastikan rata pada semua bahagian.
- Kemudian letakkan fillet ikan dory tadi ke dalam serbuk roti dan gaul rata .pastikan semua bahagian ikan dilitupi dengan serbuk roti ini.- Goreng fillet ikan dalam minyak sehingga fillet ikan bertukar warna coklat kekuningan atau samapi fillet ikan masak . Guna api yang sederhana sahaja supaya fillet ikan masak sekata dan kulit luar tidak hangit.

Fish n Chips


BAHAN-BAHAN :

700 grm fillet ikan - secukupnya
french fries secukupnya
sos thousand island 
mayonis secukupnya
Hirisan lemon

BAHAN BANCUHAN TEPUNG :

50gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu - boleh tambah
1 biji telur putih
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan kepingan isi ikan dan ditos serta ditekap dengan tisu dapur untuk bagi kering . Potong isi ikan ni dan boleh la dilumur ikan ini dgn garam serta serbuk lada hitam secukupnya . Jika ada bahan perisa lain pun boleh dilumur pada isi ikan ni kemudian ketepikan dulu. 

Masukkan semua tepung bersama susu , baking powder dan kacau bagi sebati dan tidak berketul-ketul . Pukul telur putih sehingga sebati dan masukkan dalam bancuhan tepung tadi kemudian boleh dimasukkan bahan perisa serta garam secukupnya . kacau semua bahan-bahan ni jika bancuhan agak pekat boleh ditambah lagi susu dan kacau semua bahan-bahan .

Panaskan minyak secukupnya untuk teknik goreng deep fry . Celupkan isi ikan dalam bancuhan tepung secukupnya dan terus masukkan isi ikan ni dalam minyak yang cukup panas . Goreng isi ikan ni sehingga masak dan boleh la diangkat serta tos sekejap . Goreng pula french fries dan bila dah masak boleh diangkat serta ditos .

Hidangkan kepingan ikan ni dengan french fries serta dengan sos thousand island/mayonis serta kepingan buah lemon . Bila nak makan perah jus lemon ke atas kepingan ikan ni . 

* Fish n chips ni sedap dimakan waktu panas baru lepas dimasak tapi berhati-hati la masa makan sebab ikan masih panas .

Sup Ba Mian


Bahan2nya
12 ekor Udang Segar. Buang hujung kepala & ekor nya.
1 keping 'Fillet' Ikan Tenggiri atau Ikan Merah. Di hiris tipis2 ditepikan
1 biji bawang besar sederhana, di hiris / dadu2 kecil
1 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1/2 inch halia - di hiris
150 gm kobis cina - dipotong kasar2
4 cawan stok ayam
Garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk lada putih
1 kuib knorr ikan bilis (optional)
1 sudu besar bawang goreng - Khiasan
1 pucuk daun ketumbar - khiasan
1 sudu besar minyak unuk menumis

Sosnya.
Kicap cair dan cili api hiris

Cara2nya
Panaskan minyak di periok sederhana. Masukan bawang besar, bawang putih dan halia.Bila bawang mula lembut, masukan stok ayam dan 1 kuib knorr ikan bilis. Letakan garam secukup rasa. Biarkan ia mendidh. Letak hiris ikan, udang hidup. Biarkan selama 2 mins, angkat dan tepikan di mangkuk. Biarkan sup nya mendidih dan masuk daun kobis cina. Tutupkan api. Sajikan di mangkuk yang besar, letak udang dan hiris ikan, sup dan sayur kobis cina. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Makan dengan nasi putih dan cecahan cili api bersama kicap cair.


Nasi Goreng Daging Yunan


Bahan-bahan
1 mangkuk besar nasi
1 sudu besar bawang putih - dicincang
300g daging lembu - dihiris (Nina perap dulu bersama sos tiram dalam 20 minit)
1 sudu besar udang kering
2 biji telur
100g mix vege
7 ketul chicken ball - dibelah 4 (Nina tambah sendiri)
2 batang sayur kacang panjang - dipotong 1cm (Nina tambah sendiri)
1 biji bawang besar - dipotong kecil
50g lada merah - dipotong kecil (Nina tak letak pun)
sedikit biji gajus - digoreng tanpa minyak hingga garing (Nina tak letak punn, tak der stok)
sedikit bijan - digoreng tanpa minyak (Nina tak letak)
Marjerin Planta secukupnya

Bahan Perasa
sedikit serbuk lada
sedikit kicap cair
sedikit minyak bijan
1 sudu besar serbuk pati ayam

Cara-caranya
1- Pijarkan marjerin Planta dan tumiskan bawang putih, daging lembu dan udang kering hingga naik bau.
2- Masukkan telur dan goreng hingga masak. Potong telur itu dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil.
3- Masukkan mix vege, bawang besar dan lada merah. Goreng selama 1-2 minit.
4- Kemudian masukkan nasi dan balik-balikkan masakan itu untuk seketika.
5- Masukkan bahan perasa dan kecilkan api. Masak selama 5minit.
6- Taburkan biji gajus dan bijan di atas nasi goreng sebelum dihidangkan. (Nina tak letak punn)

Selamat mencuba !!

Nasi Carrot


Bahan-Bahan
6 cawan beras basmathi....basuh dan toskan
2 cawan carrot [potong dadu kecil] - Nur parut saja.
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula - Nur tak letak
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

Cara -Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.

Asam Pedas Ayam Bersantan


Bahan2
1 ekor ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 pokok daun kesum – boleh tambah ikut suka
1/2 biji kelapa – ambil santannya
5 sudu lada boh
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai

Caranya
Ayam dibuang kulit, cuci bersih. Rendamkan ayam seketika dengan limau kasturi dan sedikit tepung untuk buang hanyir ayam. Kemudian toskan.

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum.
Tambah cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan ayam dan gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
Masukkan santan dan kacau.
Masak hingga ayam empuk.
Masukkan daun kesum, perasakan dengan garam secukupnya.
Masukkan gula dan serbuk perasa (jika guna).
Masak sehingga kuah pekat.   
Rasa dan jika ok, matikan api.

Kari Ketam Bernanas


Bahan-bahannya:
10 ekor ketam saiz sederhana
3 biji cili hijau
1 biji tomato saiz besar   -  dibelah 4
½  biji nanas – dipotong kepingan serong.
200 ml santan pekat dicampur dengan 1 cawan air
Gula dan garam secukupnya.

Bahan A: Pes kari (dikisar menggunakan blender basah):
2 paket rempah kari udang/ketam (paket kecil)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil  serbuk jintan putih
Air secukupnya untuk mengisar bahan-bahan di atas.
Bahan untuk tumis darat

Bahan B: Untuk tumis atas
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis


Penyediaannya:
Ketam disiang dan dibersihkan.  Kalau ketam besar, dibelah dua.
Masukkan ketam  bersama dengan bahan-bahan A di dalam periuk.  Tambahkan 2 cawan air.  Masak sehingga kuah mendidih.
Kemudian masukkan santan dan kacau rata.  Kacau selalu supaya santan tidak pecah.
Akhir sekali masukkan ketam dan nanas.  Perasakan dengan gula dan garam.  Masak sehingga mendidih dan letakkan cili hidup dan tomato biji.
Tutup api dan ketepikan periuk kari.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak.  Tumis bahan-bahan B sehingga kekuningan, kemudian dicurahkan di dalam periuk tadi.  Tutup periuk supaya aromanya tidak keluar.
Sebelum menghidang, kacau rata kari dengan bahan tumisan tadi.

Sotong Masak Hitam Berempah Ala-ala Mamak


Bahan-bahan
500g Sotong sederhana size - tak potong punn sebab Nina punya mostly semua ada telur.. Hehehe...
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - diketuk jerr
2 inch halia - dihiris halus
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang potong semi bulat untuk hiasan
bahan tambahan lain Nina letak kentang dan carrot sebagai sampingan

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)
2 sudu besar serbuk kari ikan/udang
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk perencah sup
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam

bahan sos
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis
1/2 cawan air (untuk bagi kentang dan carrot empuk)

Cara-caranya
1- Sotong dibersihkan lalu ditos dan diketepikan
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.
3- Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
4- Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
5- Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.
6- Masukkan kentang dan carrot. Masak hingga empuk.
7- Selepas empuk, masukkan sotong. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak sotong akan rasa keras dan tak sedap)
8- Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9- Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan
10- Tutup api
11- Sedia dihidangkan.

Ayam Sos Siam


Bahan2
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian ~ ita guna dada ayam

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

 
Bahan kisar

15 tangkai cili padi thai

4 ulas bawang putih

~ ita tambah daun limau purut dan daun kunyit dan ita kisar sekali

1 labu bawang besar ~ dihiris

1/3 cawan sos cili

1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus

2 - 3 helai daun limau purut ~ ita tambah

1 batang serai ~ dititik ita tambah

sedikit gula

1 kiub ayam ~ ita tambah

minyak masak secukupnya

Garam secukup rasa

Caranya
Bersihkan ayam dan toskan.

Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.

Perap 20 minit.

Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.

Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.

Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)

Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar.

Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Ayam Madu Lada Hitam


Bahan2:
* 1ekor ayam -dibersihkan
* 1sudu besar serbok jintan manis
* 1 sudu besar serbok jintan putih
* 2 sudu besaouu madu
* 2biji bwg merah ( blender)
* 6ulas bwg putih ( blender )
* 1" halia ( blender )
* 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
* sedikit garam ( agak2 )

1 biji lobak merah (diptg2)
2 biji kentang (diptg2)
sedikit butter
sedikit oregani
sedikit rosmary (dpt yg fresh lagi bagus yg kering tu mcm x de rasa je)

Cara :
1) Perapkan bhn2 yg bertanda * selama 1@2 jam lagi lama lagi sedap.
torek2 kan sikit isi aym k dlm tu ..pastu masukkan rempah2 k celah2 isi ayam.
2) Bila dah diperap masuk dlm loyang letak kentang + lobang merah.
3) Letakkan butter sedikit diatas ayam.
4) Taburkan oregano + rosmary
5) Bakar selama 1 jam suhu 200'c mengikut oven masing2.

Selamat mencuba !!


Ayam Halia Black Pepper


bahan-bahan
250gm ayam - dipotong kecil
4sm halia - dihiris halus
4 biji cili kering - dipotong 2cm
minyak menumis
1 biji bawang besar di potong semi bulat untuk hiasan

bahan perap
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kicap cair
1/2 sudu kecil minyak bijan
4sm halia (Nina letak lebih)
1 sudu besar serbuk lada hitam (Nina tumbuk-tumbuk sendiri lada hitam)

Cara-cara
  • Perap bahan ayam bersama bahan perap selama 20minit
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Tumis halia dan cili kering hingga garing keemasan
  • Masak kesemua bahan yang diperap tadi sehingga ayam empuk. Kacau rata
  • Masukkan bawang besar yang dipotong semi bulat untuk hiasan. Biarkan seketika
  • Tutup api.
  • Sedia dihidangkan.

Mudahkan .... Selamat mencuba !!

Mee Goreng Hainan


bahan-bahan
8 ulas bawang putih - dicincang
300g daging ayam - dihiris nipis-nipis
300g udang - dibuang kulit
300g sawi - dipotong anggaran 5sm ( Nina tak der sawi so Nina gantikan dengan baby kailan)
450g Mee Kuning (Nina gantikan dengan spaghetti)
minyak untuk menggoreng

bahan sos
5 sudu besar Sos Manis ABC
1 sudu besar Sos Tiram (Nina tambah)
1 sudu besar Sos Cili ( Nina tambah)
2 sudu besar Kicap Pekat
2 sudu besar Kicap Cair
2 sudu teh Tepung Jagung
1 sudu kecil Serbuk Secukup Rasa
1 sudu besar Serbuk Lada Sulah
1 cawan air
1 sudu besar Serbuk Lada Hitam (Nina tambah)

Cara-caranya
1- Campurkan kesemua bahan sos di dalam mangkuk kecil. Kacau hingga sebati. Ketepikan
2- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga keemasan.
3- Masukkan hirisan ayam dan udang. Masak di atas api besar selama 5 minit.
4- Masukkan sayur-sayuran. Masak lagi selama 3 minit.
5- Tambahkan campuran sos tadi. Kacau rata. Biarkan sehingga mendidih.
6- Masukkan mee kuning. Goreng sehingga masak dan rata.
7- Rasakan dengan perasa sesedap rasa .
8- Angkat dan sajikan dalam pinggan hidang.
9- Sedia dihidangkan ...

Selamat mencuba !!

Cucur Crabstick


Bahan2
3 cwn tepung gandum
6 btg crabsctik – dipotong dadu
3 tangkai daun ketumbar – dihiris kecil2
1 biji cili merah – dihiris kecil2
1 biji bawang besar*
10 gm udang kering*
10 gm ikan bilis* - *dikisar
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Caranya
Satukan semua bahan2 di atas kecuali air.
Gaul rata dan tuang air dan adun hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Biar sekejap.
Panaskan minyak untuk goreng terendam.
Sudukan 1 camca besar adunan tadi dan biar hingga masak.
Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda/sambal tumis.

Laksa Utara


Bahan-bahan :
kg ikan sadin /kembong
3 biji bwg besar
2 ibu jari belacan
1-2 senduk kecil cili kisar-agak2 la sampai kuah jd kemerahan..
3 tangkai bunga kantan
1 ikat daun kesum
5-6 keping asam keping (aku suka masam!)
1 bungkus laksa (aku suka jenama eka)- rendam dan rebus hingga lembut

cara:

rebus ikan dan asingkan isi dari tulangnya (air rebusan tapis dan simpan dlm periuk)
ramas isi ikan dan masukkan dlm periuk air rebusan yg sudah di tapis td
ambik tulang ikan td, kisar gak sampai halus
tapis dan ambik airnya

*ramas isi ikan membuatkan kuah pekat sikit

ambik 1 tangkai bunga kantan
buang bhgn luar...ambik yg tgh je...yg lembut tu (yg luar tu simpan jgn buang!)
masukkan dlm blender
kisar bersama bwg besar dan belacan
masukkan dlm periuk yg sama

tambah air dlm periuk td..sampai sesuai dgn kepekatannya
masukkan asam keping
jgn lupa bukak api..huhuhuhu
masukkan belen bunga kantan td..belah 4 setiap satu (jgn lupa yg bhgn luar td..masuk sekali)
masukkan jugak daun kesum...(asingkan daun dari btgnya)
didihkan
perasakan dengan garam, dan ajinamoto (ni je satu2nya masakan yg aku guna aji)

bahan hiasan:

timun
daun salad/selom/ulam raja/pucuk gajus/daun putat
bawang besar yg dihiris
telo rebus, limau, cili

selamat mencuba..

Lemak Pucuk Manis dengan Keledek


Bhn2 :

Pucuk manis secukupnya
Keledek - dipotong kecil
Santan
Ikan sardin / kembong - rebus
Bwg merah
Garam, srbk perasa



Cara-cara :

- tumbuk bwg merah dan ikan rebus
- masukkan ke dlm santan
- masukkan juga keledek dan masak hingga mendidih
- perasakan dgn garan dan srbk perasa.
- bila keledek dh empuk / lembut, bru masukkan pucuk manis.
- masak sebentar shj sbb pucuk manis cepet masak.
- tutup api dan blh dihidang dgn nasi panas.

Makaroni Bakar


Bahan2 :

2 cawan makaroni di rebus & toskan
250gm daging/ayam kisar
1 labu bawang besar didadu
1/2 btg karet di potong memanjang
1 biji lada benggala di dadu
2 sudu bsr rempah kari
10 biji telur
Mozarella cheese secukupnye
Sedikit daun sup

 
Cara-cara :
~Tumis bawang & rempah kari hingga naik bau,
~Masukkan daging/ayam kisar...tumis sebentar
~Kemudian masukkan karet,lada benggala & makaroni...kacau rata
~ Perasakan dgn garam & gula
~last sekali masukkan daun sup
~Kemudian tutup api
Sebelom membakar..pecahkan telur 10 biji ke dlm makaroni td...kemudian gaul rata..
Griskan loyang dgn butter & masukkan adunan td kedlm loyang..
Taburkan mozarella cheese di atas adunan.
Bakar pada suhu 170c selama 30 minit atau hingga masak.

Thursday, February 23, 2012

Sotong Celup Tepung Beras Berempah


BAHAN:
300g sotong dipotong bulat
2 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 cams serbuk cili
1 cams serbuk kunyit
1 cams serbuk jintan manis
1 cawan tepung beras
Garam & serbuk perisa

CARA:
Satukan sotong dgn bawang kisar, serbuk cili, serbuk kunyit, jintan manis, sedikit garam & serbuk perisa. Gaul rata. Masukkan pula tepung beras & gaul sehingga tepung menyaluti sotong. Goreng dlm minyak panas hingga kekuningan. Sesuai dimakan dgn nasi atau dicicah dgn sos cili.

Cendawan Goreng Tepung


Bahan-bahan
250 gm cendawan (guna cendawan tiram)
6 s/b tepung gandum
4 s/b tepung beras
1 s/b serbuk kari
½ s/k serbuk jintan manis
½  s/k serbuk jintan putih
½ s/k serbuk ketumbar
garam secukup rasa
2 biji telur
 
Cara-caranya
  •  Basuh cendawan & toskan ~ kalau yg jenis besar2 tu, koyak2kan skit
  • Gaul ngan garam secukupnya.  Pecahkan telur, gaul sekali ngan cendawan.
  • Satukan bahan2 tepung dan bahan2 lain masukkan dlm cendawan tadi dan gaul rata.
  • Goreng hingga garing dengan memasukkan cendawan satu persatu ke dalam kuali. (Jangan tuang semua dlm kuali yek). Balik2kan cendawan hingga garing. Angkat & tos.
  • Sedia dihidangkan panas2.

Crab & Chestnut Wanton. Wanton Inti Ketam & Sengkuang kecil.


Bahan2nya
300gm isi ketam
1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
1 tangkai daun sup - dipotong halus
8 biji chestnut - SengKuang kecil - dipotong dadu kecil
1 paket kulit wanton
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung - digaulkan dengan air suam
Minyak untuk mengoreng

Sos kicap pekat manis sebagai cecah.

Cara2nya
Potong isi ketam kecil2, letakan dimangkuk yang besar, letakan garam, daun sup,sengkuan. Ambil sekeping kulit wanton, letakan sesudu kecil isi ketam mix ditengah2 kulit wanton. Letakan air tepung jagung sebagai pelekat di hujung kulit wantonnya. Kemudian balut lah kulit menjadi 3 segi atau kantung kecil, ikut citarasa masing2.Buatlah lipatan wanton hingga habis adunan nya. Isi wanton jangan letak terlalu banyak. Sediakan kuali dan letakan minyak secukup untuk 'Deep Fry'. Letakan wontan nya bila minyak nya betul2 panas. Angkat bila ia berwarna keemasan. Sajikan bersama sos kicap pekat manis bersama juadah lain.


Pai Tuna


Bhn kulit pai:
500g tpg gdm
3sdb marjerin
1sdb shortening
2sdb gula
sedikit garam
1bj kuning tlr
(sume bhn diats digaul menjd doh lps 2 ltk dlm plastik n simpan dlm peti dulu selama 15minit)

Bhn inti:
5bj kentang (disagat )
1tin tuna
1labu bwg besar -dicincang
3ulas bwg pth-dicincang
sebiji tlr
1sdb tpg gdm+sedikit air (nk wt pekatkn bhn inti)
lada sulah
1/2cwn susu segar
perasa,gula,garam...
minyak msk@marjerin
Cara2nya:
1.ambil doh td dicanai n di ltkkn ke dlm bekas pai pas2 cucukkn dasarnye gan garpu .....msk oven yg telah dipanaskn pd suhu 150 darjah msk smpi sedikit keperangan je jgn smpi msk doh pai yek....
2.dh msk doh pai kuarkn dulu.....biarkn
3.sediakn kuali panaskn minyak@marjerin td....tumis dulu bwg pth n bwg besar td hinnga naik bau....mskkn kentang yg dh disagat td kacau mskkn sedikit air biarkn kentang sedikit empuk sikit....
4.mskkn tuna,lada sulah,susu nperasaknnye kacau rata....mskkn tlr yg dikacau sedikit td ke dlmnye kacau lg......akhir skali mskkn bancuhan tpg td kacau rata agak2 pekat blh dittp api....
5.mskkn ke dlm kulit pai td ratakn pas2 hias ikut selera anda.....bakar blk dlm oven hingga pai nmpk keperangan blhlh diangkat hidangkn..

Sotong Goreng Kari


Sotong Goreng Kari
Bahan-bahan
300g sotong sederhana besar - potong bulat2
2 biji bawang besar - hiris halus
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inch halia - hiris halus
2 batang serai - diketuk
beberapa cili padi - ikut citarasa (nk ltk buleh tak ltk pun buleh)
4 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari ikan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sayuran - cth letak sayur kacang buncis, bunga kobis, carrot, cendawan tiram
1 biji bawang besar - potong semi bulat - untuk hiasan




Cara-caranya


  • Sotong dibersihkan lalu ditoskan
  • Gaulkan sebati sotong bersama serbuk kari ikan, garam dan sedikit serbuk kunyit. Diperap sekitar 15minit.
  • Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga keperang-perangan
  • Masukkan sos tiram, kacau rata
  • Lalu masukkan sotong bersama kesemua sayuran. Kacau rata hingga masak.
  • Masukkan garam secukup rasa. Kalau tak letak pun boleh sebab dah ada garam kat sotong semasa perap tadi dan dah ada rasa kat sos tiram tadi juga.
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar sebagai hiasan.
  • Sedia dihidangkan dan dimakan :))

Mushroom Sauce / Sos Cendawan Chicken Chop

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* - didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging (Nina hanya guna 1 kuib ayam Knorr + air)
2 sb tomato paste
1/2 sk serbuk lada putih/hitam (Nina letak lada hitam yang ditumbuk)
1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream (Nina letak extra susu fresh milk)
150 g cendawan butang dlm tin - dihiris
1 sk hirisan daun basil/selasih (Nina tak letak punnn)
garam secukup rasa (Nina tak letak punn)

Cara-caranya
  • Tumis bahan yang bertanda * hingga layu dan angkat lalu ketepikan
  • Dalam kuali yang sama, panaskan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau rata. Kecilkan api.
  • Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang lain termasuk bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati. 
  • Siap untuk disajikan bersama Chicken Chop.



Bahan-bahan untuk Chicken Chop
5 ketul peha ayam yang dibuang tulangnya (Nina beli yang dah siap ajer kat market)
sedikit  tepung jagung
sebiji telur  - dipukul
sedikit serbuk roti (Nina tak der stok so Nina guna Nestum)
garam dan lada sulah
minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan perencah untuk diperapkan bersama daging ayam 
2 sudu besar sos 'Worcestershire' (Nina guna brand MAGGI)
1 sudu besar sos titam
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar lada sulah 
1 sudu kecil serbuk stok ayam
2 sudu besar jus halia (tumbuk2, perah dan  ambil airnya)
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
 * * * * Kesemuanya diperap selama 3-4 jam. Kemudiaan dimasukkan ke dalam peti ais selama 15minit sebelum digoreng. (TIPS : jangan lebih 15minit dalam peti ais yea)

Cara-cara menggoreng Chicken Chop
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Pastikan minyak melepasi paras ketebalan ayam
  • Sediakan sedikit tepung jagung yang dicampur garam & lada sulah dalam sebuah bekas
  •  Salutkan ayam dengan tepung jagung tersebut. 
  • Kemudian celupkan ke dalam telur yg telah dipukul tadi
  • Setelah itu, salutkan  dengan serbuk roti. (Nina guna nestum)
  • Akhir sekali, gareng hingga masak dan keperang-perangan
  • Sedia dinikmati bersama Mushroom Black Pepper Sauce. 
  • Ngappp Ngapppp.... !!!

Bubur Asyura


Bahan2nya
300gm Daging cinchang/hiris2
3 cawan/leng beras
5 mangkuk Air - cukup untuk buat bubuh nasi
1 biji Bawang Besar - di potong dadu / kisar
2 ulas Bawang Putih - di hiris / kisar
1 inch halia - di hiris / kisar / titik
2 biji ubi kentang - di potong dadu kechil
1 batang lobak merah - potong dadu kechil
200ml Satan - Kotak Kechil
2 sudu teh Kari Daging
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 cawan kachang - optional
2 batang daun sup - dipotong kasar2
2 sudu besar bawang goreng - untuk khiasan
2 biji telur - untuk taburan & hiasan
1 batang cili hijau
1 batang cili merah
Garam secukup rasa
1 sudu besar - Minyak masak untuk menumis

Cara2nya.
Panaskan minyak diperiok yang agak besar. Masukan bahan dikisar, Bawang besar,putih,halia dan daging cinchang/hiris. Goreng sementara hingga bawang mula lembut dan daging nya suku masak. Tuangkan beras dan air 5 mangkuk. Letakan garam secukup nya. Bila air mendidih letakan kachang, ubi kentang dan lobak merah. Biarkan beras masak dan menjadi bubuh. Tuangkan air jika perlu kalau bubuh menjadi kering. Kalau membuat bubuh lemak, Kari Daging, boleh lah meletakan kari dan santan. Gaulkan rata2 hingga sebati. Biarkan ia masak, kacau bubuhnya seketika supaya tidak melekat diperiok. Rasa bubur-nya.

Untuk hiasan bubur
2 biji telur dibuat terlur dada tipis, digulong dan dipotong hiris serong, Cili hijau dan merah dihiris. Taburkan ia di atas bubur bersama daun sup telur hiris dan bawang goreng merah

Strawberry Lemonade Ice Blended


Strawberry Lemonade Ice Blended

Bahan2
10 biji buah strawberry
1 biji lemon – perah dan ambil jusnya
7 sudu besar gula
3 cawan ais
3 cawan air masak

Caranya 
Satukan semua bahan dalam blender dan kisar hingga hancur. Boleh tambah air sedikit-sedikit.
Hidangkan dalam gelas dengan buah strawberi dan jusnya.

Kuih Bakar Jagung


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan (boleh guna santan kotak)
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar mentega
sedikit bijan jika suka

Cara-cara :
1. "Blend" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
2. Masukkan jagung dan "blend" sebentar.
3. Tuangkan dalam loyang ukuran 8 x 8 inci seeloknya dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (boleh tambah masa bakar 10 minit lagi untuk lebih garing di atasnya).

Masak Lemak Pisang


bahan2nya:
10 biji pisang muda yg boleh dibuat sayur - kupas kulit pisang,dan potong pisang kecil2,kemudian rendamkan pisang dengan air garam sementara menyiapkan bahan2 yang lain...kemudian cuci bersih pisang dn toskan.
15 biji cili api - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1 cawan santan pekat
3 cawan air
secubit kiub ayam
garam secukup rasa

cara2nya :
1. masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama pisang,kiub ayam dan 3 cawan air.
2. masak sehingga pisang lembut
3. masukkan santan pekat
4. biarkan mendidih skejap,masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa.
5. sedia untuk dihidangkan.

Stuffed Meatballs with Cheese


bahan-bahan
  • 1 bungkus daging cincang (400g)
  • 1/2 cawan serbuk roti/bread crumbs
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada sulah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji telur
cara-cara
  1. panaskan oven pada suhu 200C
  2. masukkan kesemua bahan dan gaul rata.


  1. bentukkan daging tadi mengikut saiz yang dikehendaki.
 
masukkan cheese di tengah :)

  1. susun di dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.

  1. bakar selama 20min
  2. hidangkan semasa panas

bagi yang susah nak dapatkan breadcrumb/serbuk roti nie boleh buat sendiri di rumah
nonie dapat resepi nie dr alia@myresepi.com

bahan-bahan
  • roti keping
cara-cara
  1. masukkan roti ke dalam oven atau toaster,panaskan sehingga garing
  2. kemudian kisar dengan pengisar kering
  3. untuk lagi kering panaskan di dalam oven selama 1-2 minit selepas di kisar

Puding Cendol


Bahan-Bahan
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir- letak 1 cawan gula
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Bagi Lapisan Atas
500ml air- saya letak 600ml
200gm gula merah- letak 150gm
300ml santan pekat- letak santan kotak 200ml + 100ml air
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-cara
1. Bagi Lapisan Bawah
2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
5. Bagi Lapisan Atas
6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.


Ikan Goreng Tenggiri Masak Kicap


Bahan2nya
1 ekor ikan tenggiri (Mackerel) di belah ikut citarasa, digoreng cili & kunyit - ditepikan.
1 biji bawang besar di hiris
1 biji cili merah di hiris
1 biji cili hijau dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inch halia dihiris
1/4 sudu teh lada hitam
4 sudu besar kicap manis
2 cawan air
Minyak untuk menumis
Duan bawang dihiris serong nipis - hiasan

Cara2nya
Panaskan minyak di periok, letakan bahan2 yang dihiris dan lada hitam, biarkan supaya bau nya bangkit dan bawang nya lembut, tuangkan air secukup untuk kuahnya, jangan telalu banyak supaya kuah nya tidak terlalu cair. Masukan kicapnya. Biarkan ia mendidih. Masukan ikan yang sudah di goreng dengan rempah kunyit, cili kisar dan garam. Biarkan kuah na meresap kepada ikan dalam 10mins. Tutup apinya dan sajikan bersama juadah lain. Ikan Tenggiri boleh digantikan dengan ikan parang.

Roti Puff


Bahan-bahan :-
1 Bungkus roti Massimo (kalau takder roti lain pun boleh.. jangan korang nak hazab mencari massimo lak)
1 biji telur untuk dijadikan gam
3 sudu tepung (untuk dicelupkan roti semasa mengoreng)

Bahan tumisan

10 biji kentang (dipotong dadu)
sekeping dada ayam dipotong kecil
3 sudu rempah kari (jangan banyak sangat nanti pekat sangat rasa kari)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kiub ayam
garam secukup rasa

1st)
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air dan tumis sampai naik minyak.
Bila dah naik minyak, masukkan ketang yang dipotong dadu dan tambah sedikit air supaya kentang lembut.
Bila dah agak2 lembut masukkan isi ayam dan tunggu sehingga kuah menjadi kering.

2nd)
Leperkan roti dengan pengelek, Buangkan kulit tepi roti dan masukkan inti yang sejuk, lipat dan gamkan dengan telur.

3rd (final)
Bila dah siap step kat atas. Bolehlah digoreng dengan minyak yang sederhana panas. Sebelum digoreng celupkan bahagian yang mudah terbuka dengan tepung gandum supaya semasa mengoreng isi roti tu tak keluar. Goreng sehingga kekuningan.

dan bolehlah dihidangkan untuk minum petang.