Monday, September 6, 2010

Udang Galah Bermadu 3 Cili


BAHAN-BAHAN :

Bawang merah (besar)

Bawang putih
Cili hijau (besar)

Cili merah (besar)

Cili api a.k.a Cili padi

(*bahan2 yang perlu dikisar sekali...)

Udang Galah

Garam

Gula
Minyak masak
* Petai (jika ada)


CARA-CARA MEMBUATNYA


Mula-mula, udang galah dibuang tanduknya dan dicuci sehingga bersih...


Antara bahan-bahan masakan utama dalam proses memasak udang galah 'bermadu' tiga cili... hehehe... Pastikan kesemua bahan diatas telah dibasuh terlebih dahulu...


Bahan-bahan diatas dihiris besar-besar kerana ianya akan dikisar... Sebenarnya tak perlu potong pun tak mengapa, terus masukkan jer ke dalam blender...
[sebab masuk dalam blog kan, tu yang kene hiris jugak tu]


Kesemua bahan yang telah dihiris dimasukkan ke dalam blender... Pastikan sedikit air telah dimasukkan ke dalam blender juga...


Bahan-bahan yang telah siap dikisar...
[gambar terus dari dalam blender.. hehehe]


Kemudian, masukkan minyak masak ke dalam kuali...


Kemudian, api dapur dihidupkan untuk memanaskan minyak masak tersebut..


Apabila minyak masak telah kelihatan panas, bahan yang telah dikisar tadi dimasukkan ke dalam kuali...
[AWAS..!!! BERHATI-HATI KETIKA MEMASUKKAN BAHAN KE DALAM KUALI YANG MENGANDUNGI MINYAK PANAS KERANA IANYA AKAN MUDAH TERPERCIK]


Kemudian bahan yang telah dimasukkan tadi dikacau dengan menggunakan sudip...


Bahan masakan tersebut tidak perlu sangat dikacau kerana tujuannya dalah untuk membiarkan airnya kering dan kesemua cili itu masak sepenuhnya lebih-lebih lagi cili api atau nama lainnya adalah cili padi...


Kemudian garam pula dimasukkan ke dalam masakan...


Diikuti pula oleh gula yang dimasukkan ke dalam masakan bagi menggantikan madu... Disini memang tidak dimasukkan madu kerana ianya mudah hangit...
[p/s : gula yang diguna, madu dapat nama]


Setelah itu, masakan dikacau lagi untuk menjadikan garam dan gula tadi sebati dalam masakan...


Cara-cara aku mengacau masakan... ^_^


Kemudian, ambil seulas bawang merah besar lalu dihiris besar-besar...


Kemudian, masukkan bawang yang telah dihiris tadi ke dalam masakan...
[kalau ade petai kan beshhh...!!!]


Lagi sekali masakan dikacau...
[asyik kacau jer, takde keje lain dah kot nak buat]


Kemudian, apabila masakan tadi telah kelihatan agak kering... Masukkan pula udang ke dalam kuali...


Haaa... Kalau dah masukkan udang tu tadi, tak reti-reti nak kacau ke???
HAHAHA...!!! kacau je la...


Apabila masakan sudah hampir selesai, ambil sudu untuk merasa sedikit masakan tersebut untuk mengetahui samada masakan tersebut tawar, masin atau manis...
[jangan ade yang nak kate pahit ok? ini bukannye bancuh air kopi... mau ader yang nak kene ketuk kepala ngan sudip nanti... hehehe]

No comments:

Post a Comment