Monday, September 27, 2010

Sardine Roll


Bahan-bahan :

1 buku roti

inti:

1 tin sardin
10 biji lada kering - di tumbuk lumat
3 biji bawang merah - di tumbuk halus
3 biji bawang putih - di tumbuk halus
1 labu bawang besar - di hiris
sedikit air asam jawa
1 sd teh sos tiram
1 sd teh sos cili
1 sd teh sos tomato
sedikit gula

4 biji telur
2 sd mkn tepung

Cara-cara :

-untuk inti,panaskan minyak tumiskan bwg hingga wangi.
-kemudian masukan lada kering,selepas itu masukan sardin dan hancurkan
-masukan sos tiram,sos tomato,sos cili,gula dan air asam jawa
-untuk mengulungkan roti,roti mesti di basahkan permukaanya dgn sedikit air dan leperkan.
-selepas itu letakan inti sardin dan gulungkan.buat sehingga habis.
-dalam mangkuk lain,pecahkan telur dan campurkan dengan tepung,pukul sehingga adunan telur sebati.
-panaskan minyak yg sederhana banyak,dengan api yg sederhana,celupkan roti yang telah digulungkan tadi ke dlm adunan telur dan goreng hingga kuning keemasan.
-siap dan bole d hidangkan bersama mayonis @pun sos cili mengikut citarasa masing2.
-sesuai d mkn waktu sarapan pagi ataupun minum petang

No comments:

Post a Comment