Thursday, September 30, 2010

Roti Manis

Bahan-bahan :

1. 400g tepung roti
2. 1 biji telur
3. 4 sudu makan gula
4. 1 sudu teh garam
5. 60gm butter
6. 3 sudu teh dry yeast
7. 1/2 sudu teh pelembut roti
8. 190ml susu segar

Campurkan bahan kesemua bahan 1-7 dan gaul rata.
Bila sudah sebati masukkan susu segar dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan doh selama 15 minit. Selepas itu ulikan lagi selama 10 minit.
Rehatkan lagi selama 10 minit.
Bahagikan doh sama besar dan bentuk kan ikut suka. Boleh diletak paste kacang merah, sosej, kaya, kari ayam dan apa sahaja ikut selera.
Susun doh yg siap dibentuk ke dalam acuan pembakar dan sapukan telur yg dicampurkan sedikit susu ke atas roti tadi
Bakar dengan suhu 180C atau sehingga kekuning2an.

No comments:

Post a Comment