Monday, October 4, 2010

Butir Nangka


Bahan-bahan :

• Adunan tepung:
• 1 kampit tepung beras pulut
• 10 helai daun pandan (diblender dan di ambil airnya)
• sedikit air kapur
• Kuah:
• 1 biji kelapa (diambil santannya)
• secubit halba
• 1/2 inci halia (dipotong halus)
• daun pandan
• gula melaka (secukup rasa)
• gula pasir (secukup rasa)
• sedikit garam
 

Cara-cara :

1. adunan tepung: letakkan semua tepung beras kedalam mangkuk dan campurkan dengan air daun pandan serta air kapur tadi. uli sehingga doh sebati.

2. ambil sedikit doh tadi dan gentel menjadi bujur dan ditekan sedikit ditengah-tengahnya.( jgn besar2). habiskan semua doh tadi dan letakkan dahulu dalam dulang.

3. rebus air dalam periuk sebingga mendidih dan letakkan doh tadi sehingga doh tadi timbul, dan baru diangkat dan asingkan dahulu.

4. Kuah: santan yang sudah diperah dimasukkan kedalam periuk dan diletakkan halia, halba dan daun pandan. 


5. selepas itu letakkan gula melaka, gula pasir dan garam. kacau sehingga sebati bahan2 tadi dan baru diletakkan doh yang telah direbus tadi.

6. kacau sehingga sebati dan baru diangkat. sedia untuk dinikmati seisi keluarga.... 


7. selamat mencuba

No comments:

Post a Comment